Sunday, August 14, 2016

TERLUKA


Lama rasa tak menulis di sini. Lama jugak dibiar sepi tanpa berita. Seperti aku yang termanggu dan lemau untuk menulis. Kerana lelah dengan kehidupan mengajak aku untuk ke sini. Apa khabar agaknya hidup aku.

Terluka.....
Ya, kelukaan hati membawa aku ke sini. Lama aku biar jiwa menikmati hidup dengan gembira dan akhirnya aku terluka. Terluka dengan sikap kau yang membiar aku menunggu jawapan cinta. Terluka kerana kau tega mencipta bahagia sedang aku menanggung duka. Terluka kerana kau bisa hilang tanpa berita. Terluka kerana kau membiar aku hanyut dengan bahagia yang engkau cipta. Terluka aku kerana kau pergi tanpa kata. Terluka kerana kau sepi tika mutiara halus gugur dari mata.

Sengsara aku ditup angin asmara tak pernah kau rasa. Sepertinya aku tidak layak untuk tahu kau bahagia. Sepertinya aku yang hina melihat bahagia yang kau bina. Sepertinya aku tak perlu merasa kau bahagia. Semuanya kerana aku. Bukan kau. Kau fikir kau layak membina bahagia tanpa adanya aku disamping kau? Ya, layak. Jawapan aku, kau layak. Aku yang tidak layak dari awalnya. Kerana aku terlalu beriya aku lupa akan kata kecewa. Menyerah jiwa dibelai bahagia yang kau cipta sepenuhnya. Patutnya aku bertanya sampai ke mana supaya aku berpijak di bumi yang nyata. Supaya tiada luka menyentuh jiwa.

Kosong....
Seperti pantai yang terdampar sepi menunggu ombak seperti itulah jiwa aku kosong menanti bahagia. Seperti laut yang mengalir tanpa arah tuju, seperti itulah aku berhari menunggu kata putusmu. Kosong. Kosong jiwa aku mengingatkanmu. Kosong aku melihat bahagiamu. Semoga kekosongan ini juga bisa bahagia sepertinya kamu.




Wednesday, May 13, 2015

KENERAKAAN



Dalam hidup jangan terlalu mengejar ketidakpastian. Sebab kita tak tahu benda yang dikejar itu samada baik atau tidak buat kita. Boleh jadi kita merasakan ianya baik buat kita walhal ianya buruk untuk kita dan sebaliknya.

Kesempurnaan juga usah dicari. Sebagai manusia yakni hamba kepada Nya masing masing diciptakan sesempurnya ada baik dan celanya. Cela yang memaksa kita untuk yakin diri dan sentiasa mengingatinya. Baik yang mengajak kita bersyukur dan menginsafi diri seadanya.

Tapi manusia sentiasa leka dan taksub dengan Kesempurnaan dan keselesaan sehingga membuat kita alpa dan lupa Akan keesaanya. Cinta, harta, kekayaan dan darjat serta daulat menjadikan kita buta dan lalai membuai dunia.

Akhirnya menjerumuskan kita ke neraka nya. Sedar akan salah, sedar akan khilaf, sedar akan jahilnya akidah dipandang sepi cuma. Belum masanya mengadu domba meminta keampunannya.

Kesudahannya pergi bersama dosa tanpa sempat berbuat apa. Di dalam sana merayu dihidupkan semula memutarkan masa membaiki kesilapan lama tanpa sedar mengulanginya semula.

Monday, September 29, 2014

NUNIE'S SOLEMNIZATION





Alkisah, raja sehari, raja dua hari, raja tiga hari dan berhari-hari. Bersama dayang-dayang yang telah ditempah khas, maka beraraklah kami sekalian dayang membawa Puteri Hang Li Po bersiap siaga mengindahkan diri. Agak jauh juga perjalanan yang memungkinkan kami dibaham harimau. Namun disebabkan ke"terer"an kami menghadapi liku-liku maka sampailah kami ke Pelabuhan Mak Andam.

Usai menghiasi diri dan mencantikkan rupawi maka sekali lagi beraraklah kami menuju ke Persinggahan Akhirah (Ukhrawi) untuk mendapatkan lesen hakiki ke syurgawi berdua. Dengan sebijik "PREVE" dan sebijik "VIVA" memecutlah kami mengejar masa.

Setibanya di tempat dituju, maka upacara yang dinanti-nantikan pun tiba. Dengan ilmu yang kebal didada Hang Tuah maka bertarunglah ia dengan Saudagar Ukhrawi (Tok Kadi/Tok Imam). Tanpa memerlukan masa yang lama kesatriaan Hang Tuah berjaya menumpaskan Saudagar Ukhrawi dengan sekali hembus. Bersyukur sekalian rakyat jelata Puteri Hang Li Po kini selamanya milik Hang Tuah. Tahniah betti, syabas.

*Pause

Apahal menaip serupa purbakala ni. Tragis juga sebenarnya menaip acah-acah Pendita Zaaba ni. Ok cukup, cukup sudah mari sambung sesi

Kepak kepak kepak
kebooom kebooom keboom
(bunyi kompang)

…………………………………………………………………………………………………………


Orait, orait, oraittttttt. Hari ini gua nak story sikit pasal pengantin siang malam yang lama terpendam. Basi sikit lah tapi. Biasalah gua ni sibuk kalah menteri tak sempat nak mengupdate kisah pengantin lama ni.

Buat pengetahuan semua pengantin siang malam ni adalah kawan gua. (Gua mana? Gua Hirak ke gua kelam? Ke gua niah? Mahupun gua musang?). Panggggggg (bunyi orang kena lempang). Padan muka!! Rasain lokkk. Aku serius kau main-main kan. Gua punya suka lah.

Ala dulu gua pernah cover kisah tunang dia. Gua malas dah nak bagi salam perkenalan bagai. Kau pergi cek link sana sebelum gua mengamuk.

Dipendekkan cerita, pada 01 Februari 2014 selamatlah Si Nunie ni mempersuamikan Si Naim. Masa hari kejadian gua bersama 4 orang dayang bunting yang lain menjadi orang terpenting dalam penyatuan sperma (dibaca CINTA) diorang ni.

Gua sebagai supir tak berbayar manakala dayang-dayang yang lain Zatul (dibaca aton), Nina, Lina dan Hafazoh sebagai nenek kebayan. Nenek kebayan bersama penyapu terbang ke negeri fasola. Bergurau pulak.

Maaf, diorang berempat menjadi kassim selamat yang memegang trompet sambil berkata “di manakah kubur sabariah mak?” “menangis konon. Pergi kau menangis di kubur sana”. Ok gua serius. Gua serius, diorang ni adalah pengiring peribadi si permaisuri sehari.

Masa hari akad Si Nunie ni boleh buat spoil tidak suci kau tahu. Adui, baru sah jadi suami isteri. Punahlah bulan madu di katil baru. Tapi. Tapi. Tapi. Panas jangan disangkakan sampai petang. Disebabkan keterujaan yang membuak-buak besoknya lekas-lekas dia menyucikan diri. Empangan betei.

Apa terjadi selepas itu? Gua malas nak story cukuplah gua bocorkan rahsia yang Si Nunie tu tengah merana akibat perbuatan si laki dia. Sudah 6 bulan dia menderita. Padan muka. Rasain lokk.

Tapi tulah dah selamat beliau. Tak sangka masa berlalu terlalu pantas. Kalau nak cerita tragedy perkenalan diorang ni tak taulah macam mana cerita cepat sangat. Nunie pi bank cawangan utama lalu diushar Naim. Naim berkenan pandang pertama, kedua, ketiga ……….. keseratus. Kemudian sangkut. Lalu bercinta. Lalu apa-apaan sih lok. Bersatulah mereka membina sebuah masjid.

Sempat jugak beberapa kali gua berdating dengan Si Naim tu (dibaca dating beramai-ramai). Pertama kali jumpa. Amboi kacak luar kacak dalam kacak sana sini. Kalau abang senyum saya mesti senyum sekali. Kah kah kah.

Nampaknya Si Nunie sudah berjaya ditambat yang lain-lain ni bila lagi. Alah biasalah tu, dalam setandan pisang mesti ada yang masak dulu. Cukup tempoh matang yang lain pun akan masak juga. Jangan risau wokey? Biasanya yang masak dulu memang orang akan petik buat testimonial. (If you know what I mean? Hahaha)


Tuesday, February 25, 2014

PENYAYANG


Penyayang
Gua belom cukup penyayang untuk menjadi seorang yg penyayang
Macam kawan penyayang gua yang lain

Bercerita tentang penyayang
Gila penyayang kawan-kawan gua
Diorang sangat sayangkan haiwan kesayangan nabi umpamanya
Begitu juga haiwan peliharaan lain seperti arnab
Hamster, sugar glider, ayamas dan banyak lagi

Cukuplah gua sayangkan diri, ibu bapa, keluarga, anak sedara dan lain-lain
Untuk kasihkan binatang
Ya sayang cuma tidaklah ditunjukkan

Sebenarnya lebih kepada tidak reti
Bersamaan malas menjaga mereka sepenuh hati
Biarlah dari jauh gua memerhati
Jika perlukan simpati
Nescaya gua datang membawa sayang dan rezeki
Agar kamu kenyang sehari





p/s: mesej penyayang ini dibawakan khas oleh saudari penyayang yang tidaklah begitu penyayang sangat. ha ha



Monday, February 10, 2014

PANGGILAN RINDU



Pernah tak satu malam kau terbangun,
Kau rasa rindu tu lain macam?
Kemudian kau diam sebab sekeliling gelap, sunyi,

Dalam gelap tu kau ketagih rindu,
Gila macam estacy rindu tu,
Sebab buat kau khayal terbayang dia.

Malam-malam macam tu mana nak dapat estacy?
Farmasi tutup dah kot,
Kalau ada pun brader2 tepi lorong gigi kuning,
Kau berani pergi la nego dengan dia,
Untung dapat boleh buat penenang tidur,
Lupakan menatang rindu tadi.

Masalahnya tak boleh,
Menatang haram tu bahaya,
Boleh buat kau mati silap-silap.

Samalah macam menatang rindu tu,
Boleh buat kau hilang waras,
Padahal dah lama kau pujuk hati,
Just let it go,
Syuh syuh move on.

Bodoh,
Kalau dah terbangun tengah malam,
Pergilah tahajud,
Sebenarnya Allah kejut kau rindukan DIA,

Sebab kau dah lama lupakan DIA

Sengaja DIA bagi hint,
Rindukan manusia,
Sebab bila kau rindukan dia baru kau nak tiba-tiba bangun
Lumrah manusia dengan manusia kan fitrah,

Sunday, January 5, 2014

AHLAN WASAHLAN YA 2014


Wuhuu. 2014 akhirnya muncul jua menampakkan diri.
Nampak ke idok? 

Macam biasa lah. Masuk sahaja tahun baru. Semorang sibuk menanam AZAM. 
And how about me? 

Pftttt. Well I dont have any. Unlesss i got my friends boyfie namely AZAM. HAHA. celaka kan?
Best ar kawan gua pakwe dia nama AZAM. 
ELOK dah kawen nanti tak payah sibuk-sibuk pasang AZAM. Pfttttt. 

So belum terlambat kot kiranya gua nak ucap SELAMAT TAHUN BARU buat korang semua. 
Jyeah perjalanan semakin pantas berlari. Tahu-tahu dah tahun baru. 
Tapi gua masih begitu. tidaklah begitu panjang tidaklah pendek. 

Ah terlalu jauh dah gua merepek ni. Exceli tujuan utama gua menghupdate entry kali ni just wanna share some of 2013 memories. Exceli lagi sekali, it is all about married couple and taken couple. Pehhh taken. Cam harem ja penggunaan lingua franca gua. haha. 

Tanpa melengahkan masa. Lets *taukkebelakang* wuhuuuuu. Check it out!


2013 SCHOOLMATES SOLEMNIZATION AND ENGAGEMENT DAY


Taraaaaaa. whoaaa 2013 penuh dengan invitation pekahwinan kawan-kawan seekolah gua.

Wah selamat berdua korang.
Bahagia till jannah hendaknya.
Jangan lupa kasi anak-anak comel buat tatapan gua di kemudian hari. Haha.

Haaa. at this time. Bolehla kiranya gua rumuskan tahun 2013 ni sebagai tahun menamatkan zaman bujang memasing. Ramai dah colleague gua yang dah bertukar status.
Alhamdulillah.
Barakkallah gua ucapkan.

So, menuju ke arah 2014 yang lebih mapan,
gua cuma berharap gua siapkan apa belum siap. Itu je. Haha.

So, selamat TAHUN BARU 2014.






Tuesday, November 26, 2013

WALIMATUL URUS



Suatu hari, kawan gua hantar gambar persandingan milik seorang kawan sekolah dahulu. Boleh dikatakan dahulu kami rapat. Rapat in term of keluar lepak bersama minum-minum, meraikan hari raya, serta teman mengulangkaji STPM bersama. Selalu tapi tak sekerap bersama. Aku senyum.


"Alhamdullihah, barakallah. Sorang lagi sahabat telah melangkah ke alam baru."


Dalam senyum kegembiraan terselit secuit rasa terkilan. Tiada jemputan mahupun ajak-ajak ayam. Rakan yang seangkatan mula bersiul. Bunyi-bunyian tidak berkenan mula berkumandang. 



"Bila?"
"Sampai hati."
"Kenapa?"
"Kita siapa?"




Aku masih senyum. Aku malas turut bersiul. Aku jenis pasrah. Aku tak akan merungut. Aku tak suka mengungkit atau mengaibkan. Aku ajak kawan-kawan yang lain positif. Husnuzon. Walau pahit, tak mengapa kita telan bersama. 




"Periuk tak retak, nasi tak dingin,
Orang tak hendak, kita pun tak ingin."





Kata-kata positif yang sering aku alunkan pada rakan-rakan lain. Orang tak nak jemput, kenapa perlu kita terhegeh-hegeh bukan? 

Alasan? Ya! Mungkin dia ada alasan kenapa tidak kita dijemput. Husnuzon. Husnuzon lagi. Aku tak nak marahkan dia kerana tiada undangan. Lagi pula, majlis diadakan di rumah pengantin lelaki. 





Sabda Rasulullah SAW, Nabi Muhammad SAW: 

"Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan." 
(Riwayat Ahmad daripada Abdullah bin Zubair Radhiyallahu 'anhu dan disahihkan oleh al-albani di dalam Irwa' al-Ghalil) 
Sumber: Gua google ja. Gua bukan alim sangat.





Keji tak gua letak hadis? Haha. Tapi betul lah, bagi mengelak berlakunya fitnah maka wajib kita uar-uarkan perkahwinan kita kepada semua orang. Sekecil-kecil majlis wahima sebsar-besar majlis, walau tiada undangan at least maklumkan kepada kenalan yang dikenali. 

Bukan niat nak makan percuma mahupun mengumpul koleksi bunga telur dan door-gift. Doa. Ya, andai dimaklumkan kami akan sedekahkan sepotong doa buat bekalan anda mengharungi perjalanan baru anda membina masjid. 

Pun begitu. Aku tetap doakan kebahagiaan kau wahai sahabat. Kerana aku gembira melihat kawan-kawan bahagia. 

Akhir kata.



"Tahniah. Selamat pengantin baru sahabat. Semoga perjalanan anda meniti titian kehidupan suami dan isteri sentiasa mendapat rahmat dan keberkatanNYA. Semoga kekal hingga jannah sana dan dimurahkan rezeki dalam menimang cahaya mata, makan, pakai dan segala-galanya. Wallahualam bsw."




P/s: Gua masih menunggu giliran gua pula dipinang. Haha.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...