Saturday, November 3, 2012

BERSANGKA BAIK



Semalam aku ada terbaca fasal Ainan Tasneem dah jadi pemilik mutlak lagu 150 juta kali ciptaan FYNN JAMAL. Ok, serius aku cakap. First aku terbaca berita ni, memang aku agak terkejut dan sedikit mencemuh tanpa aku tahu apa sebenarnya yang berlaku.

Apa hal pulak lagu Fynn dah bertukar milik. Hello, aku cukup pantang bila orang suka-suka curik idea pastu cakap tu idea kau. Rasa macam terbakar je hati ni. Tapi itu kata-kata aku sebelum aku terbaca status Fynn pagi ni. Tersentap raga tatkala membacanya hingga akhir. Ok, aku mintak maaf banyak-banyak sebab dah mencemuh Ainan Tasneem sebelum ini. Mahap Ainan!! Hehe.

Oh baru aku tahu, rupanya itu urusan Ainan dan Fynn sendirian. Mereka lebih tahu apa yang mereka rencanakan. Kalau tak, masakan Si Ainan mampu tersenyum mengalunkan melodi tu. Sedangkan berbuih mulut masyarakat mencebik. Kenapalah hati ini sukar untuk bersangka baik.

Sungguh aku respek gila Fynn Jamal. Demi masa depan yang belum tentu Si Arjuna Bakti, dia telah melepaskan sesuatu yang aku kira karya terulung yang telah menjulang namanya suatu ketika dahulu. Aku juga kira itu pengorbanan yang paling tak ternilai oleh seorang ibu kepada anaknya.

Selepas aku muhasabah diri, aku hanya fikir satu. Itu adalah nyanyian semula versi Ainan Tasneem. Macam lagu-lagu P-ramlee dan Sudirman dulu-dulu yang dinyanyikan semula oleh artis-artis muda sekarang. Ya, sekarang aku dah faham keseluruhan ceritanya. Bersangka baik. Bersangka baiklah wahai kau manusia!! =P BERSANGKA BAIK


P/S:: Kenapalah hati kau tak pernah penat memahamkan aku FYNN JAMAL? Walau sekasar mana pun kata-kata kejian yang dilemparkan mereka, kau tetap senyum seraya membalas kata-kata itu dengan memahamkan mereka. Bukannya menyembur dengan kata-kata kejian itu semula. OK, aku lambung kau tinggi-tinggi FYNN JAMAL. Tak apa aku lambung je bukannya sanjung. Haha, ada faham? 


*** Ok, terduduk aku membacanya.. Itu gunanya, pepatah "kalau malu bertanya, maka sesatlah jalan kau. Yehiew..

Saturday, October 20, 2012

KANAK-KANAK




Hujan itu pembawa rahmat. Ya, aku mensyukurinya TERIMA KASIH duhai MAHA PECIPTA yang menciptakan hujan. Bila panas, maka hujan adalah penyembuh bahang yang terasa. Kemudian pelangi pun muncul menghiasi langit mengukir bahagia yang CANTIK!!

Time-time hujan ni, tetiba terlayan zaman kanak-kanak dulu suka nyanyi dengan kawan-kawan. Sebab? Tak boleh kuar rumah main tanah dan “tuju lemak”. Inisiatif lain adalah bermain batu selambut sambil karaoke lagu:

Air pasang pagi surut pukul 5,
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga,
Pokok bunga melur tanam tepi kolam,
Itik bertelur ayam menetas,

Cik baba jatuh dalam parit,
Cik aminah ketawa jerit-jerit.
Naik kereta api turun kuala lumpur,
Nampak bini cantik tersorok bawah dapur,

Ah, ha. Ketawalah aku sorang-sorang. Zaman kanak-kanak aku sangat best untuk dikenang. Terima kasih duhai emak dan abah yang menjadi pelakon utama menghadiahkan dunia kanak-kanak yang sangat best.

Sebab hujanlah aku dan adik aku kena rembat dengan hanger oleh si emak yang garang. Fuh, nangis pun tak guna der, mak aku bukanlah pemujuk yang tegar. Kau nak nanges, kau pujuk lah sendiri. Lagi kau teriak, lagi kau akan didiamkan dengan hanger. Haha. Last-last tersembam atas bantal, sedar-sedar dah malam.

Haishh, rindunya zaman kekanak dolu-dolu. Senyum je selalu, mak marah pun buat derk je. 



P/s: Saya kenal sayang saya, eheh!!


Sunday, September 23, 2012

AKU DAH BIASA!!


Habis sahaja aku selongkar laman sosial kak FYNN JAMAL… Pangg aku terbaca satu statement yang aku kira sama dengan jiwa aku.

Marah!! Aku bukan jenis yang suka marah, pendam lebih elok. Tapi orang kata kalau pendam makin lama makin busuk. Tak apa, aku tak kisah, biar ianya busuk dalam hatiku sahaja daripada busuk di luar.

Kata orang lagi, orang pendiam ni kalau sekali marah sangat menyakitkan hati. Makan dalam. Eheh, orang lembut memang jarang marah, tapi kami pun ada hati dan perasaan kalau sekali marah, bertahanlah. Kerna kami orang lembut bisa bertahan dengan kemarahan dan kekasaran kamu untuk bertahun lamanya, dan berulang kalinya. 

Untuk marah aku jarang melontarnya. =) Sebabnya aku berpegang pada pesanan rasul yang satu ni "tak mampu mulut---hati"!! Sebab aku dah biasa begitu!!

Oleh itu, aku sokong kata-kata kamu kak pin (FYNN JAMAL). Aku tak bisa untuk boikot jauh sekali menentang!! Sebab aku dah biasa begitu!! Jyeahh.. Itu sahaja sekian!!



Wednesday, August 29, 2012

THE END OF A SAD STORY : HAPPY ENDING


Untuk apa yang berlaku selama ini, semalam adalah penamatnya. Ya kesudahan yang membahagiakan semua pihak. Aku gembira, dia gembira, dan semua orang gembira.

Pun begitu aku masih dihantui dengan rasa bersalah atas apa yang berlaku. Selepas kesemuanya meluahkan perasaan masing-masing. Aku terkesima seketika. Betapa aku jahil telah membuat mereka begitu.



 Sesi luahan perasaan!! Maafkanku sahabat....


Ya, selepas apa yang berlaku aku masih salahkan diri kerana telah membuat mereka begitu. Apa salah mereka? Kesalahan yang aku kira tidaklah sejahat mana. Tapi oleh kerana ketidaktamadunan akal, kesalah itu dihukum dengan perbuatan bodoh aku.

Ya, mereka menderita melihat apa yang berlaku. Ada di antara mereka menangis, ada juga di antara mereka marah, bengang, sakit hati dan sedih. Apa yang aku sudah buat ni? Itukah aku? Pelik…

Aku terlalu cepat melatah dek kerana perkara yang kecil dan kemudian menghukum mereka dengan jahilnya. Astarfirullahal-azim, ceteknya akal aku. Bukan kah aku diberi didikan yang baik serta pelajaran yang tinggi untuk memikirnya. Tapi kenapa aku gagal memprosesnya dengan baik?

Apakah hati aku hitam? Ya ALLAH, kalau betullah, hati aku hitam, itu mungkin kerana himpunan dosa-dosa lepasku. YA ALLAH ampunkanlah dosa-dosa hambamu yang hina ini, YA ALLAH. Aku juga memohon kau sucikanlah hatiku ini agar aku bisa membezakan kebenaran dan kejahilan. AMIN.





Buat sahabat yang telah menangis untuk aku ADZIE FARAHA MO’OSIN, kau tabahlah untuk menjalani kehidupan bersama-sama aku. Aku hanya akan kuat jika kau berada di sampingku. Aku juga mohon kau maafkanlah khilafku ini. Aku tahu mungkin bisa untuk kau maafkan ku, tapi untuk memadamnya dari kotak hati yang terguris itu mungkin susar. MAafkanku sahabat.

Maafkan aku juga sahabat yang lain NOORMAZNI KALIL, NOOR AINA AMIRAH MOHD NOOR, dan juga NORHASYIMAH ROSLI atas segala khilafku yang jahil, sejahil-jahilnya. Bergembiralah dengan pengakhiran sebuah episod duka ini. Ku pohon, di masa yang lain, aku mampu mengawal emosiku. ALLAHU AKHAR…………



Tuesday, August 28, 2012

HUKUM DUNIA


Hmm, inilah yang dikatakan hukum dunia. Manusia kini bertutur tanpa menggunakan akal. Siapa kita untuk menghukum orang lain. Jangan risau, setiap apa yang mereka lakukan, semuanya sudah ditentukan oleh Yang Maha Mengetahui dan Bijaksana, ALLAH. Kerana DIAlah maha menciptakan kita semua. Wallahualam bissawab...

Layanzzz......

kalau perempuan cantik pendiam
lelaki akan kata: wow!ciri2 isteri idaman...
Kalau perempuan tak cantik pendiam
Lelaki akan kata: tak reti berkomunikasi agaknyer...


Kalau perempuan cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: mst ada krisis nih...kesiannyer...
Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: dah la tak lawa,perangai plak mcm sial!!

Kalau perempuan cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: wow!heroin sejati...
Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: hmm...taktik nak ngorat la tu...

Kalau perempuan cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: ok la...bagai pinang d belah dua...
Kalau perempuan tak cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: kesian...mst dah kena bomoh lelaki tu...

Kalau perempuan cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu btol mamat tu!!
Kalau perempuan tak cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: patut pon kena reject...

Kalau perempuan cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: ntah dato' mana bela ni...
Kalau perempuan tak cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: mesti anak org kaya ni


split personaliti....

P/s::Well apa boleh buat, just take and leave it, bleh camtu??hmm...






MIMPI YANG TAK SEMPURNA…



Mimpi,
Semalam aku bermimpi,
Mimpi dikelilingi sahabat handai,
Mazni, and adzie dan aku…
Apa maksudnya?

Mimpi,
Kata orang ia hanya sekadar mainan tido,
Jadi usah pedulikannya,
Tetapi mungkin juga mimpi adalah petanda something,
Petanda? Entah…..

Ya petanda,
Petanda yang mungkin aku dirasuk rindu..
Selepas apa yang berlaku aku jadi rindu,
Rindu akan erti persahabatan…
Tatkala berdentum kilat menggegar langit,
Tiada siapa bisa persoalkannya,
Tapi percayalah kilat tak akan berdentum tanpa sebab,
Itu petanda hujan bakal menyimbah bumi,

Ya, tatkala terbangun aku dari mimpi,
Baru aku sedari,
Inilah petanda mimpi yang tak sempurna,
Mimpi yang aku masih perlukanmu sahabat,
Sebagai menyambung mimpi yang sempurna!!
Dan aku juga baru sedari yang hanya mimpi mampu menjadi penyelamatnya.




Mimpi yang kabur sukar untuk disempurnakan
ianya memerlukan cahaya yang dapat meneranginya
oleh itu hargailah setiap mimpi yang mendatang....


Monday, August 27, 2012

UNTUK SAHABAT


Buat sahabat yang aku cintai dan sayangi…
Percayalah aku tidak pernah membencimu,
Untuk setiap apa yang kamu buat.

Selebihnya, aku amat menghargai sikap prihatinmu,
Ya, tiada sahabat yang mahu menjatuhkan sahabatnya sendiri,
Dan aku percaya, kau juga bukan begitu,

Maaf kerana aku terlalu emosi melayanmu,
Maaf juga kerana ku tak bisa mengawal kolam takunganku,
Limpahan takungan bukan kerana terasa,
Limpahan takungan itu juga bukan kerana aku bencikanmu,

Tapi aku menangis kerana kau tak mengerti kesakitanku,
Sakit yang datang, bukan ku pinta,
Itu takdir dari Yang Maha Esa,

Maaf kerana ku tak bisa berkongsi denganmu,
Berkongsi kesakitanku, berkongsi kepedihanku,
Berkongsi hati, emosi dan perasaan yang ku alami,
Itu rahsia yang ku simpan sendiri, maaf sahabatku!!

Maaf juga telah membuatkanmu membenciku, menyisihkanku,
Melupakanku, meraguiku, serta menyakitimu,
Pedihnya rasa biar aku yang tanggung sendiri,

Maafkan juga sahabat andai aku telah memecahkan
Tembok persahabatan yang telah lama terbina antara kita,
Aku pohon padamu duhai sahabat yang paling aku kasihi,
Maafkan segala khilafku serta dosaku padamu,,,AMIN…..


Ampunkan aku Ya Allah...!!!


P/s::Ini lagu kesukaanmu sahabat, dengarlah ia sebagai merawat lukamu sahabat!! KEHILANGAN!!

Saturday, June 30, 2012

AWAK SUKA SAYA TAK??


Ala, saya tak tau nak jawab apa.
Saya bukan tak suka dan tak juga suka..
Saya tak tau nak beritahu awak macam mana,,
Saya belum bersedia untuk terima awak,
Lagipun saya tak pasti awak betul-betul sukakan saya atau tak?

Saya tau awak sepi,
Sebab tu awak ajak saya suka awak,
Ya saya suka awak sebagai kawan saya,
Untuk lebih daripada itu saya tak pasti,
Saya tak nak awak kecewa,

Kalau betul awak suka saya,
Saya akan belajar untuk terima suka awak tu,
Tapi saya tak janji yang lebih-lebih,
Kalau ada jodoh kita,
Saya akan SUKA awak selamanya!!

Aku akan belajar mencintaimu, jika itu yang kau mahu..

Thursday, June 14, 2012


SEKSINYA BETIK



.......بسم الله الرحمن الرحيم


Malam itu, duduklah kami berempat menghadap encik TV yang berseorangan. Sambil menonton, bersantaplah kami memakan nasi lemak ayam dan meggi kari sotong (betul-betul ho-liaw ni). Lepas makan, menjamu pulak selera ni dengan desert si BETIK. CIK BETIK atau nama saintifiknya, Carica papaya L, juga dikenali dengan nama ‘papaya’. Pergh, BETIK memang sedap kan? Dah la seksi, saiz pulak boleh pilih 30, 34, 20, 18, untonglah sapa yang menggemari CIK BETIK ni (ha ha ha…). Kuwang hajau betul penulis ni, siap mengspesifikasikan CIK BETIK melampau-lampau (ha ha ha…gelak lagi).

Sayangnya aku bukanlah penggemar CIK BETIK yang SEKSI ni.  Bukan penggemar tak bermaksud aku tak makan CIK BETIK, aku makan tapi bukan selalu seperti yang penggemar CIK BETIK lakukan. Sampai hari-hari pun nak makan CIK BETIK ni, pantang jumpa, kompom bermimpilah mereka dengan CIK BETIK-CIK BETIK sekalian.

Tapi tebiat buruk yang aku perasaan tiap kali aku nak melantak CIK BETIK, mesti aku akan gelak terbahak-bahak dulu (bayang yang bukan-bukan le tur). Ni semua kerja member-member aku yang SENGAL tahap GABAN, tengah aku kupas CIK BETIK ni boleh pulak keluar unsur-unsur 18SX, hantu betul korang. Jangan ingat ENCIK LELAKI ja boleh membayang yang bukan-bukan tentang CIK BETIK ni, pompuan pun boleh tahan kot. Ha ha ha, tengok tengah menaip ni pun aku nak gelak terbahak-bahak sambil layan lagu RIO-Layu sebelum berkembang.

Ok, cukup-cukup, enough is cukup mendescribe CIK BETIK ni lebih-lebih. Walaupun CIK BETIK ni SEKSI dia banyak khasiat kot. Tambah-tambah kalau korang jenis yang susah nak B-bintang-bintang (b****) (bahasa halus memerut), masuk ja CIK BETIK lam perut kompom tak sampai 24jam CIK TOILET dengan ayunya memanggil korang menemuinya. Ubat pelawas la katakan.

Selain daripada itu, CIK BETIK mengandungi pelbagai khasiat pemakanan. Bagi setiap 100g betik , ia mengandungi :


59.0 kalori untuk pembekalan tenaga,
92.1g air,
1.0g protein,
0.1g lemak,
13.5g karbohidrat,
0.5g serat,
0.5g abu,
31.0mg kalsium
0.8mg magnesium
17.0mg posporus
1.0mg zat besi
2.0mg sodium
337.0mg potasium
vitamin B sebanyak 0.08mg,
vitamin B2 (0.12mg)
niasin (0.1mg
vitamin C (69.3mg)
karotin (2431ug)


"Selain mengandungi vitamin C yang amat besar, dua kali ganda dari kandungan buah limau, betik juga boleh menjadi pendinding daripada serangan penyakit yang mendera kandung hempedu. Hal tersebut ditemukan dalam kajian pakar pemakanan dari University of California, San Francisco terhadap lebih dari 13 ribu orang, baru-baru ini. Setelah menganalisis kadar darah para sukarelawan, para pengkaji menemukan bahawa mereka yang kadar vitamin C nya rendah, ternyata risiko menderita penyakit kandung hempedu adalah tinggi." (Anonymous, 2012)

"Walaupun sumber vitamin C boleh diperoleh dari pelbagai jenis buah dan sayuran, tetapi sebiji buah papaya dalam ukuran sederhana (+/- 280 gram) mengandungi 188 mg vitamin C dan 500 kj kalori. Ini adalah jumlah yang amat besar. Memandangkan penyakit kandung hempedu lebih banyak menyerang perempuan berbanding lelaki, jadi memakan buah ini amat baik diamalkan oleh perempuan." (Anonymous, 2012)

More info please visit HERE  and HERE

Okay, sekian sahaja pembelajaran kita hari ini berkisar khasiat CIK BETIK. Untuk makluman, tajuk entri kali ini hanyalah gimik semata-mata, tak berkaitan dengan sesiapa baik yang hidup mahupun yang telah meninggalkan dunia. Wallahualam. K bai.

Nyum-nyum,,bagi yang jakun tak kenal saper CIK BETIK tu, ni ha bentuknya CIK BETIK itu...


P/S::Ceh, penulis macam sengaja ja mengaburi mata orang ramai dengan meletakkan khasiat CIK BETIK



KAHWIN...KAHWIN...KAHWIN


.......بسم الله الرحمن الرحيم 


Musim kahwin menjelang lagi tatkala cuti sekolah pun tiba. Bagi yang dah bertemu jodoh, ofkosla time ni menjadi saat-saat indah untuk mereka. Bagi yang yang belum bertemu jodoh pulak, time nilah masa nak meraikan kawan-kawan yang dah bertemu jodoh dan musim makan nasi minyak sedunia.

Uiskhh, bagi mereka yang bertemu jodoh ni dah tentu-tentu la mereka nak sambut dengan gilang-gemilang hendaknya. Al-maklumlah kahwin ni sekali seumur hidup (bagi yang kekal la),  masa ni la nak melaram macam princess and putera raja bagai. Pom pang, pom pang kompang dipalu tanda pengantin bakal bersatu setelah direstu.

Makan hati la bagi yang telah putus cinta dengan kedua-dua pengantin baik pengantin perempuan mahupun pengantin lelaki. Makan hati sebab tengok kebahagiaan mereka. Padan muka sapa suruh kau attend kenduri tu, haha. Kan dah tersentap disentap mahupun menyentap.

Bagi pihak yang belum bertemu jodoh lagi kesian haha, mesti rasa diri tak laku kan?? Kawan-kawan semua pon dah ada teman sehidup semati, tinggallah mereka-mereka yang tak laku ni sorang-sorang melihat kebahagiaan orang lain haha (Cis kuaq jaq ayat tak laku yang digunakan penulis nih). Soalan paling kurang siuman yang seboleh-bolehnya korang tak nak jawab dan bakal dielak mentah-mentah mesti yang ni kan?

“Kau bila pulak? Teringin jugak aku nak merasa nasi minyak kau.”

Eleh sibuk jela nak tanya-tanya. Hari-hari pun boleh makan nasi minyak apa! Pergi jela beli kat warung-warung takpun restoran sana. Tak hingin kot nak masak untuk kau. Kau ingat aku tak laku ka? Berderet tau lelaki kat luar sana ajak kahwin, tapi aku je yang tolak sebab aku kan muda agi. Kalau aku nak kahwin pun, kau ingat aku nak jemput kau ka? Wahaha, tapi bukan aku ja yang bakal kahwin lambat, korang tengok calon-calon yang tersenarai kat bawah ni, diorang pun kompom kahwin lewat sebab diorang mana ada steady, hahahaahaha (gelak penulis terbahak-bahak dalam hati).

1)  Mazni (yang ni kompom2 lambt agi, katanya aku belum terbuka hati lagi r, umo 30 bawu aku kahwin! Harap-harap time tu jangan aku terkejut dengan pilihannya sudah.)


Ceh amek berkat lewtewwww.....


Bajet comell letewww.......

2)  Siti ija (yang ni menurut ja si atas ni, katanya apa kahwin2? Geli r. Setia betul dia ni bercinta sampai bertahun-tahun lama, tak kan tak terbuka lagi kot??)

Huii market tinggi kot awek ni (34-26-37),,Ok saya bida awek ni untuk RM5juta, ada yang mahu bida?? haha...


3) Adzie (haha, yang ni bukan tak nak kahwin tapi nak sgt, siap berangan mengandung & dapat baby comel agik. Cuma belum jumpa yang sesuewei agi  katanya ha3 (hai tunggu kekasih gelap ka geng?)


Eh mana satu miraeee eh???

4)   Amirah ramli (kih2, rasanya beliau yang akan pecah rekod kahwin dulu kot, kuat betol instinct kat dia haha)

5)   Hanim faridah (hehe, yang ni giler gemar budak2 tapi tak tau la bila nak 
      buat anak sendiri, haish asyik peluk sayang menyayang anak orang ja.)



Ceh bajet cun letewwww....

Ok, tu jelah..malas citer panjang. K bai!!


P/S: Hoi korang cepatla cari jodoh, aku ingat nak ajak korang konvoi kahwin beramai-ramai naik vespa ni. 



Wednesday, May 23, 2012

SELAMANYA PUN TENTANG CINTA


Cinta tu memang misteri kan? Pelik pun ada. Tapi tak mustahil la kalau selamanya pun kita berbicara tentang si CINTA ni. Rasanya bagi mereka yang dah akil baligh, komfom pernah melalui fasa CINTA ni kan? Tak kisah la bercinta separuh jalan ka, cinta monyet ka, yang pastinya pernah BERCINTA.

Eheh, sebab aku pun pernah bercinta dengan si ARJUNA, hampir 3 tahun juga lak menyulam perasaan ni. So semua sifat-sifat CINTA ni aku pernah rasa. Antaranya, Cemburu, Kasih, Sayang, Seronok, Marah, Menyampah, Gaduh-gaduh, semua la..Ha ha (geli pulak tiba-tiba nak jugak menyelit pasal cinta sendiri). 

Sedang berjalan-jalan kat FB tiba-tiba terpandang satu quote baik punya. Tugas seterusnya senang ja, copy and paste kat blog. Ha ha.. Hasilnya seperti kat bawah::


Cinta pertama adalah kenangan, 
Cinta kedua adalah pelajaran


Dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan kerana hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam. Sebab itulah cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim. (sumber: Kami Sahabat Sebelum Kapel)




Tapi, 

AWAS!!

Cinta mampu membunuh, dan tidak mengenal mangsa!!




Macam tu la al-kisahnya tentang CINTA, yang pasti SELAMANYA PUN KITA AKAN BERBICARA TENTANG CINTA. =P

P/S:: Bercinta pada yang sudi,
        Berkasih pada yang sayang,
        Kalau CINTA sudah di Hati
        Selamanya pun terasa sayang.


Monday, May 14, 2012

Hatiku Hatimu

Hatiku, hatimu tak mungkin sama...
Hatiku banyak persoalannya, hitam putihnya tak mungkin dapat difahami oleh hati-hati milikMU.
Perasa yang paling aku sukar mengerti adalah perasa SENSITIF..

Ya, benar ku akui hatiku serapuh dedaun kering...
Terkadang hatiku tak mampu untuk menyenangkan hati-hati milikMU...
Namun percayalah, walau hatiku menangis..
Itu tidak bermakna hatiku terluka..
Cuma hatiku sedikit manja terguris dek perkara sekelumit kuman..

Buat HatiMU,
Usahlah kau merasa gundah hatta bermuram durja,
Seperti yang aku katakan hatiku sedikit manja membuatmu gundah,
Sesungguhnya, hanya hatiMU yang berjaya membuat hatiKU gembira, suka, duka, gelisah, bahagia,
kecewa, curiga, takut dan seangkatan dengannya....

Wahai HatiMU,
Itu mungkin kenangan bersama yang bakal membuat hatiMU tersenyum di suatu ketika..
Tatkala bibirmu menguntum suatu perkataan SAHABAT...


i miss u
sahabat hatimu akan selalu ada didalam hatiku

i love u
sahabat cintamu akan selalu ada didalam hatiku


hanya hatimu dihatiku =)

Wednesday, May 9, 2012

SEINDAH SAKURA


SAKURA,,,sememangnya bunga yang aku puja selain si lavender. Indah, sangat indah. Impian untuk mendekati dan memilikinya pernah terlintas di benak ku suatu ketika dulu. Tunggulah kau wahai SAKURA suatu hari nanti pasti kau jadi milikku jua.

Eceh, itu hanya impian ja. Bukan senang kalau nak dapat si SAKURA kat Malaysia ni. Yang palsu banyak. Paling best tengok si SAKURA ni of course la kat negara matahari terbit sana, (JEPUN). Time bunga kat sana penuh warna-warni dek kerana si SAKURA ni.

Upss, terlebih sudah. Niat di hati asalnya nak bercerita tentang siri drama terbitan Temenggong Picture Sdn.Bhd aka Zulhuzaimy production di slot AKASIA TV3. Dengar tajuk pun dah best, jalan cerita?? Dah tentu-tentu la aku nantikan. First day tengok citer ni aku dah jadi gila dengan jalan criternya. Paling best bila part lagu temanya HARAPAN keluar. Ferghh, tangkap nangis aku dengar lagu ni. Apapun, buat si kacak ZULHUZAIMY, tahniah sebab berjaya mengarahkan sebuah drama yang aku kira sangat best.





By the way, while I’m exciting searching for their theme song, I found that sebenarnya cerita ni adalah adaptasi dari novel SEINDAH SAKURA itu sendiri karya Liza Zahira (2010). Oh really? So k, aku tetap nak tunggu sampai the end of the story.

Attached here, lirik lagu HARAPAN OST SEINDAH SAKURA drama. Please ENJOY it!!

Lirik Lagu: Harapan - Hyper Act


Bicara mimpi itu
Mengheret ku ke dasar
Gelap tangannya menggapai tangan ku
Dan munculnya dirimu
Dipinggir laman itu
Hangatmu menyambut ku kembali,

Dan ku mengerti,
Mengapa masih berdiri,
Hadirnya siang berteman mentari,
Dan ku bersama,
Bintang malam mu mencari kasih ku Ooo

Harapan
Harapan menjadi layu
Ingin ku bahgia bersama
Menjadi kenangan
Memburu impian masa kita
Selamanya

Dan angin kan memanggil
Bagai ada musafir
Hadirnya pergi tiada berjanji
Mungkin seketika
Ku merasa cintanya
Bagai dibelai mimpi sempurna

Dan taman ini
Tak bererti dan bersemi
Tiada indah tanpamu disini
Dan ku jejaki
Walaupun hanya secebis kasihmu Ooo

Harapan
Harapan menjadi layu
Ingin ku bahgia bersama
Menjadi kenangan
Memburu impian masa kita
Selamanya

Solo. C/O

Hati ku..
Meratap setinggi gunung
Pasti ku mencari bintangnya
Menjadi cahaya
Menyinar impian hidup kita
Selamanya


Sumber: Credit to lagubestbest




Sunday, April 15, 2012

SI CANTIK DAN SI JELIK

Dear my dearest blog, ke belakang sikit…

Bestnyaaaaaaaaaaaaaa jadik orang cantik, hehe. Best ke? Ofkos la best korang. Sebab orang cantik ni banyak kelebihan daripada kekurangan. Pernah dengar pepatah ni? “Dahla cantik, pandai lak tu?” Ha itu pakej yang always come with beautiful ladies outhere. Malah, bukan stakat pujian ni ja yang kita pernah dengar, banyak lagi pujian yang melambung-lambung about they all ni, as follows:

·         Cantiknya dia tuuuu, dah la cantik pandai masak lak tu, bertuah lelaki yang kahwin dengan dia.
·         Cantiknya awek dia, manis lak tu, secocok sangat mereka berdua, bagai pinang dibelah dua.
·         Cantiknya muka U macam artis korea la, gebu gitu.
·        Anak Haji Salleh tu cantik betulkan? Pandai mengaji, sopan-santun, budi bahasa pun tinggi hormat orang tua   lagi. Kalau jadi menantu aku kan best?
·         Eh comelnya anak U, macam mama dia. Cantik gitu.
·         Untungla kau cantik Sofia, Prof.Harun komfom bagi kau carry mark tinggi sem ni.
·         Bertuah jadi orang cantik kan? Pergi mana, ada ja orang ‘suit-suit’. Pastu layanan mesti first class.
·         Ala, biar tak pandai berlakon, janji cantik. Kompom boleh jual punya filem dia tu. 


                   
Cik Cantik lagi jelita
Sources: Google


Ha, camtu la sedikit sebanyak pujian yang aku dengar dari mulut masyarakat kat luar sana. Everything semua pasal perempuan cantik. Yang tak cantik ni camna pulak? Siapa yang nak bela mereka? Tak de pulak yang nak puji melambung-lambung perempuan yang tak cantik ni. Kesian diorang makan hati banyak-banyak hari-hari.

Eheh, takpela perempuan tak cantik. Ada hikmah apa Allah jadikan korang tak cantik. Korang dapat elak daripada kegiatan jenayah berlaku ke atas korang, cam rogol ka, culik ka, bunuh ka and so on la. Tapi bukan stakat tu ja, korang jugak dapat elak daripada perkara-perkara yang mazmumah seperti bangga diri, riak, sombong, perasan, tamak, hasad dengki dan sebagainya la yang buruk-buruk hehe.

So, kesimpulannya tak kesah la korang cantik ka korang tak cantik ka? Yang penting hati korang suci murni bersih amanah fatonah dan jauh dari perkara-perkara yang mazmumah. Kita semua sama saja di sisi ALLAH yang esa, rambut sama hitam, cuma hati lain-lain. Paling penting pandai-pandailah korang jaga maruah diri dan keluarga supaya tidak tersesat daripada akidahnya.

SEKIAN, wassalam!

IKHLAS TAPI JAUH


Untuk kesekian kalinya, aku berminat untuk mengupdate entry kali ini based on Malaysian typical. “IKHLAS TAPI JAUH”. Mesti korang pernah dengar or terbaca about this sentence kan?? For sure la pernah kan, if korang refresh semula, IKHLAS TAPI JAUH kan tajuk lagu kumpulan VE. Kalau lupa gak, korang google ja sendiri.

Tapi aku bukan nak cerita tentang lagu ni. Cuma kebetulan entri aku kali ini sama dengan tajuk lagu diorang. Berbalik kepada tajuk entri kat atas ni, secara amnya aku nak kategorikan ia sebagai salah satu mental traumatize. What it is? Apa kaitan IKHLAS TAPI JAUH dengan mentally traumatize? Pelik bukan?
Ok we go through one by one.

1)     IKHLAS TAPI JAUH ni aku merujuk kepada segolongan masyarakat   yang sebenarnya mempunyai niat yang ikhlas tentang sesuatu perkara, tapi akhirnya benda tu jadi tak ikhlas di saat-saat akhirnya. Kenapa?

2)     Mentally traumatize pulak lebih kepada psychological trauma sebenarnya, tapi aku tak suka guna term ni sebab pysco ni dah tahap yang teruk dan tak boleh dikawal kalau berlarutan. Kalau mental ini nampak cam ringan sikit. (haha ye ke? Eh suka hati la.) Kalau dirujuk kepada definisi trauma itu sendiri iaitu gangguan terhadap emosi dan mental akibat daripada pengalaman ngeri yang pernah dialami mangsa.

Oleh itu, kalau kita gabung kedua-dua terma ini, apa yang dapat aku simpulkan ialah perasaan ikhlas oleh seseorang dalam membuat sesuatu perkara, tapi lama-kelamaan perasaan ikhlas itu akan bertukar kepada tak ikhlas (hilang kebaikannya) apabila dia berasa tidak puas hati terhadap tindakannya. Emosinya sering terganggu oleh perkataan ikhlasnya itu. Tak faham?

Ok, aku bagi contoh, dekat satu syarikat ni ada dua orang rakan karib si A dan si B. Si A ini sebenarnya sangat suka akan projek, kreatif dan baik hati terhadap semua orang. Manakala, si B ni pulak pandai, cekap dan berketerampilan. Oleh kerana kebijaksanaan dan kemurahan hati si A, tiba-tiba si B minta sedikit pendapat + idea daripada si A untuk bantu dia buat projek yang diamanahkan kepadanya. Dengan bak hati dan ikhlasnya, si A ni bagi la ilmu + idea bernas dia (boleh dikatakan semua la) kepada si B. Si B dengan gembiranya mengambil idea yang si A bagi dan dia olah sikit mengikut kesesuaian projeknya. Akhirnya, projek yang dibuat si B ni berjaya mendapat sambutan dan dipuji melambung-lambung oleh CEO nya. Apa lagi, sangat senang hati dan gembira la hati si B ni dan dia pun menghebahkan la kepada kawannya si A.

Akibatnya, si A yang mendengar pujian ke atas si B ni sangat-sangat la terasa. Dalam hati si A berkata “Itu kan idea aku. Kalau aku tak bagi idea tu dekat kau, masakan projek kau akan jadi bagus macam tu.” Ah ha, sekarang kita dah nampak kan? Si A yang tadi dengan ikhlasnya bagi idea, sekarang dah mula mengungkit. Paling dia terkilan, semua idea yang dibagi tu, si B katakan yang itu adalah idea dan usahanya sendiri. Walhal, Si B da berjanji akan mention nama si A sebagai penyumbang kepada idea tu.

Tapi zaman sekarang, korang rasa akan ada ka orang yang sanggup beritahu itu idea orang lain sedangkan dia hanya penerima input itu sahaja. Of course, no man. You know what, people nowadays; will never say that the idea is come from the other parties. NO, NO, and NO man. Dan itulah perkara yang sama terjadi kepada si A ni. Siang malam dia fikir dan memendam rasa. Itu IDEA aku, IDEA aku, kau faham tak!!!! I’m gonna sue her soon. Mental dan emosinya terdera disebabkan oleh hal yang demikian. Hari-harinya jadi suram dan muram. Sebagai rumusannya, kat sinilah berlakunya konsep mentally traumatize IKHLAS TAPI JAUH. Sebagai langkah penyelesaiannya, si A pun meluahkan rasa hatinya kepada si C tentang perkara ini. Atas nasihat Si C, si A pun pulih dari traumanya.

Korang pernah tak mengalami mental traumatize IKHLAS TAPI JAUH ni?? Kalau ada, sebagai sahabat aku menasihatkan agar korang buang la perasaan ini. Sia-sia ja nanti pahala yang korang dapat ditarik balik. Setiap apa yang kita dah beri dengan niat yang ikhlas, pasti ada ganjarannya oleh YANG MAHA ESA. Biarpun tak nampak ganjaran itu, INSYA’ALLAH ALLAH dan menjanjikannya di sana nanti.

Tapi sebagai langkah pencegahan agar tidak timbul perasaan tidak ikhlas di kemudian hari, aku cadangkan korang janganlah terlalu baik dengan orang, sampai semua benda pun kita nak kongsi. At least korang simpanlah idea bernas korang. Jangan kongsikan benda yang korang rasa sebagai killer korang. Aku tak da la cakap yang benda tu tak boleh kongsi, tapi setiap orang ada privacy masing-masing. Dah kalau semua benda korang kongsi, korang ada apa ja?

Kepada Si B pula, hargailah kesenian dan bakat orang lain, bukannya cedok pastu tampal idea orang sesuka hati. Tak ke mananya kalau asik dok cedok idea orang. Suatu masa tembelang tu akan pecah gak.

So korang renung-renungkanlah sendiri ya. That’s all thank you.


P/s:: Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...