Sunday, April 15, 2012

SI CANTIK DAN SI JELIK

Dear my dearest blog, ke belakang sikit…

Bestnyaaaaaaaaaaaaaa jadik orang cantik, hehe. Best ke? Ofkos la best korang. Sebab orang cantik ni banyak kelebihan daripada kekurangan. Pernah dengar pepatah ni? “Dahla cantik, pandai lak tu?” Ha itu pakej yang always come with beautiful ladies outhere. Malah, bukan stakat pujian ni ja yang kita pernah dengar, banyak lagi pujian yang melambung-lambung about they all ni, as follows:

·         Cantiknya dia tuuuu, dah la cantik pandai masak lak tu, bertuah lelaki yang kahwin dengan dia.
·         Cantiknya awek dia, manis lak tu, secocok sangat mereka berdua, bagai pinang dibelah dua.
·         Cantiknya muka U macam artis korea la, gebu gitu.
·        Anak Haji Salleh tu cantik betulkan? Pandai mengaji, sopan-santun, budi bahasa pun tinggi hormat orang tua   lagi. Kalau jadi menantu aku kan best?
·         Eh comelnya anak U, macam mama dia. Cantik gitu.
·         Untungla kau cantik Sofia, Prof.Harun komfom bagi kau carry mark tinggi sem ni.
·         Bertuah jadi orang cantik kan? Pergi mana, ada ja orang ‘suit-suit’. Pastu layanan mesti first class.
·         Ala, biar tak pandai berlakon, janji cantik. Kompom boleh jual punya filem dia tu. 


                   
Cik Cantik lagi jelita
Sources: Google


Ha, camtu la sedikit sebanyak pujian yang aku dengar dari mulut masyarakat kat luar sana. Everything semua pasal perempuan cantik. Yang tak cantik ni camna pulak? Siapa yang nak bela mereka? Tak de pulak yang nak puji melambung-lambung perempuan yang tak cantik ni. Kesian diorang makan hati banyak-banyak hari-hari.

Eheh, takpela perempuan tak cantik. Ada hikmah apa Allah jadikan korang tak cantik. Korang dapat elak daripada kegiatan jenayah berlaku ke atas korang, cam rogol ka, culik ka, bunuh ka and so on la. Tapi bukan stakat tu ja, korang jugak dapat elak daripada perkara-perkara yang mazmumah seperti bangga diri, riak, sombong, perasan, tamak, hasad dengki dan sebagainya la yang buruk-buruk hehe.

So, kesimpulannya tak kesah la korang cantik ka korang tak cantik ka? Yang penting hati korang suci murni bersih amanah fatonah dan jauh dari perkara-perkara yang mazmumah. Kita semua sama saja di sisi ALLAH yang esa, rambut sama hitam, cuma hati lain-lain. Paling penting pandai-pandailah korang jaga maruah diri dan keluarga supaya tidak tersesat daripada akidahnya.

SEKIAN, wassalam!

IKHLAS TAPI JAUH


Untuk kesekian kalinya, aku berminat untuk mengupdate entry kali ini based on Malaysian typical. “IKHLAS TAPI JAUH”. Mesti korang pernah dengar or terbaca about this sentence kan?? For sure la pernah kan, if korang refresh semula, IKHLAS TAPI JAUH kan tajuk lagu kumpulan VE. Kalau lupa gak, korang google ja sendiri.

Tapi aku bukan nak cerita tentang lagu ni. Cuma kebetulan entri aku kali ini sama dengan tajuk lagu diorang. Berbalik kepada tajuk entri kat atas ni, secara amnya aku nak kategorikan ia sebagai salah satu mental traumatize. What it is? Apa kaitan IKHLAS TAPI JAUH dengan mentally traumatize? Pelik bukan?
Ok we go through one by one.

1)     IKHLAS TAPI JAUH ni aku merujuk kepada segolongan masyarakat   yang sebenarnya mempunyai niat yang ikhlas tentang sesuatu perkara, tapi akhirnya benda tu jadi tak ikhlas di saat-saat akhirnya. Kenapa?

2)     Mentally traumatize pulak lebih kepada psychological trauma sebenarnya, tapi aku tak suka guna term ni sebab pysco ni dah tahap yang teruk dan tak boleh dikawal kalau berlarutan. Kalau mental ini nampak cam ringan sikit. (haha ye ke? Eh suka hati la.) Kalau dirujuk kepada definisi trauma itu sendiri iaitu gangguan terhadap emosi dan mental akibat daripada pengalaman ngeri yang pernah dialami mangsa.

Oleh itu, kalau kita gabung kedua-dua terma ini, apa yang dapat aku simpulkan ialah perasaan ikhlas oleh seseorang dalam membuat sesuatu perkara, tapi lama-kelamaan perasaan ikhlas itu akan bertukar kepada tak ikhlas (hilang kebaikannya) apabila dia berasa tidak puas hati terhadap tindakannya. Emosinya sering terganggu oleh perkataan ikhlasnya itu. Tak faham?

Ok, aku bagi contoh, dekat satu syarikat ni ada dua orang rakan karib si A dan si B. Si A ini sebenarnya sangat suka akan projek, kreatif dan baik hati terhadap semua orang. Manakala, si B ni pulak pandai, cekap dan berketerampilan. Oleh kerana kebijaksanaan dan kemurahan hati si A, tiba-tiba si B minta sedikit pendapat + idea daripada si A untuk bantu dia buat projek yang diamanahkan kepadanya. Dengan bak hati dan ikhlasnya, si A ni bagi la ilmu + idea bernas dia (boleh dikatakan semua la) kepada si B. Si B dengan gembiranya mengambil idea yang si A bagi dan dia olah sikit mengikut kesesuaian projeknya. Akhirnya, projek yang dibuat si B ni berjaya mendapat sambutan dan dipuji melambung-lambung oleh CEO nya. Apa lagi, sangat senang hati dan gembira la hati si B ni dan dia pun menghebahkan la kepada kawannya si A.

Akibatnya, si A yang mendengar pujian ke atas si B ni sangat-sangat la terasa. Dalam hati si A berkata “Itu kan idea aku. Kalau aku tak bagi idea tu dekat kau, masakan projek kau akan jadi bagus macam tu.” Ah ha, sekarang kita dah nampak kan? Si A yang tadi dengan ikhlasnya bagi idea, sekarang dah mula mengungkit. Paling dia terkilan, semua idea yang dibagi tu, si B katakan yang itu adalah idea dan usahanya sendiri. Walhal, Si B da berjanji akan mention nama si A sebagai penyumbang kepada idea tu.

Tapi zaman sekarang, korang rasa akan ada ka orang yang sanggup beritahu itu idea orang lain sedangkan dia hanya penerima input itu sahaja. Of course, no man. You know what, people nowadays; will never say that the idea is come from the other parties. NO, NO, and NO man. Dan itulah perkara yang sama terjadi kepada si A ni. Siang malam dia fikir dan memendam rasa. Itu IDEA aku, IDEA aku, kau faham tak!!!! I’m gonna sue her soon. Mental dan emosinya terdera disebabkan oleh hal yang demikian. Hari-harinya jadi suram dan muram. Sebagai rumusannya, kat sinilah berlakunya konsep mentally traumatize IKHLAS TAPI JAUH. Sebagai langkah penyelesaiannya, si A pun meluahkan rasa hatinya kepada si C tentang perkara ini. Atas nasihat Si C, si A pun pulih dari traumanya.

Korang pernah tak mengalami mental traumatize IKHLAS TAPI JAUH ni?? Kalau ada, sebagai sahabat aku menasihatkan agar korang buang la perasaan ini. Sia-sia ja nanti pahala yang korang dapat ditarik balik. Setiap apa yang kita dah beri dengan niat yang ikhlas, pasti ada ganjarannya oleh YANG MAHA ESA. Biarpun tak nampak ganjaran itu, INSYA’ALLAH ALLAH dan menjanjikannya di sana nanti.

Tapi sebagai langkah pencegahan agar tidak timbul perasaan tidak ikhlas di kemudian hari, aku cadangkan korang janganlah terlalu baik dengan orang, sampai semua benda pun kita nak kongsi. At least korang simpanlah idea bernas korang. Jangan kongsikan benda yang korang rasa sebagai killer korang. Aku tak da la cakap yang benda tu tak boleh kongsi, tapi setiap orang ada privacy masing-masing. Dah kalau semua benda korang kongsi, korang ada apa ja?

Kepada Si B pula, hargailah kesenian dan bakat orang lain, bukannya cedok pastu tampal idea orang sesuka hati. Tak ke mananya kalau asik dok cedok idea orang. Suatu masa tembelang tu akan pecah gak.

So korang renung-renungkanlah sendiri ya. That’s all thank you.


P/s:: Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...