Saturday, June 30, 2012

AWAK SUKA SAYA TAK??


Ala, saya tak tau nak jawab apa.
Saya bukan tak suka dan tak juga suka..
Saya tak tau nak beritahu awak macam mana,,
Saya belum bersedia untuk terima awak,
Lagipun saya tak pasti awak betul-betul sukakan saya atau tak?

Saya tau awak sepi,
Sebab tu awak ajak saya suka awak,
Ya saya suka awak sebagai kawan saya,
Untuk lebih daripada itu saya tak pasti,
Saya tak nak awak kecewa,

Kalau betul awak suka saya,
Saya akan belajar untuk terima suka awak tu,
Tapi saya tak janji yang lebih-lebih,
Kalau ada jodoh kita,
Saya akan SUKA awak selamanya!!

Aku akan belajar mencintaimu, jika itu yang kau mahu..

Thursday, June 14, 2012


SEKSINYA BETIK



.......بسم الله الرحمن الرحيم


Malam itu, duduklah kami berempat menghadap encik TV yang berseorangan. Sambil menonton, bersantaplah kami memakan nasi lemak ayam dan meggi kari sotong (betul-betul ho-liaw ni). Lepas makan, menjamu pulak selera ni dengan desert si BETIK. CIK BETIK atau nama saintifiknya, Carica papaya L, juga dikenali dengan nama ‘papaya’. Pergh, BETIK memang sedap kan? Dah la seksi, saiz pulak boleh pilih 30, 34, 20, 18, untonglah sapa yang menggemari CIK BETIK ni (ha ha ha…). Kuwang hajau betul penulis ni, siap mengspesifikasikan CIK BETIK melampau-lampau (ha ha ha…gelak lagi).

Sayangnya aku bukanlah penggemar CIK BETIK yang SEKSI ni.  Bukan penggemar tak bermaksud aku tak makan CIK BETIK, aku makan tapi bukan selalu seperti yang penggemar CIK BETIK lakukan. Sampai hari-hari pun nak makan CIK BETIK ni, pantang jumpa, kompom bermimpilah mereka dengan CIK BETIK-CIK BETIK sekalian.

Tapi tebiat buruk yang aku perasaan tiap kali aku nak melantak CIK BETIK, mesti aku akan gelak terbahak-bahak dulu (bayang yang bukan-bukan le tur). Ni semua kerja member-member aku yang SENGAL tahap GABAN, tengah aku kupas CIK BETIK ni boleh pulak keluar unsur-unsur 18SX, hantu betul korang. Jangan ingat ENCIK LELAKI ja boleh membayang yang bukan-bukan tentang CIK BETIK ni, pompuan pun boleh tahan kot. Ha ha ha, tengok tengah menaip ni pun aku nak gelak terbahak-bahak sambil layan lagu RIO-Layu sebelum berkembang.

Ok, cukup-cukup, enough is cukup mendescribe CIK BETIK ni lebih-lebih. Walaupun CIK BETIK ni SEKSI dia banyak khasiat kot. Tambah-tambah kalau korang jenis yang susah nak B-bintang-bintang (b****) (bahasa halus memerut), masuk ja CIK BETIK lam perut kompom tak sampai 24jam CIK TOILET dengan ayunya memanggil korang menemuinya. Ubat pelawas la katakan.

Selain daripada itu, CIK BETIK mengandungi pelbagai khasiat pemakanan. Bagi setiap 100g betik , ia mengandungi :


59.0 kalori untuk pembekalan tenaga,
92.1g air,
1.0g protein,
0.1g lemak,
13.5g karbohidrat,
0.5g serat,
0.5g abu,
31.0mg kalsium
0.8mg magnesium
17.0mg posporus
1.0mg zat besi
2.0mg sodium
337.0mg potasium
vitamin B sebanyak 0.08mg,
vitamin B2 (0.12mg)
niasin (0.1mg
vitamin C (69.3mg)
karotin (2431ug)


"Selain mengandungi vitamin C yang amat besar, dua kali ganda dari kandungan buah limau, betik juga boleh menjadi pendinding daripada serangan penyakit yang mendera kandung hempedu. Hal tersebut ditemukan dalam kajian pakar pemakanan dari University of California, San Francisco terhadap lebih dari 13 ribu orang, baru-baru ini. Setelah menganalisis kadar darah para sukarelawan, para pengkaji menemukan bahawa mereka yang kadar vitamin C nya rendah, ternyata risiko menderita penyakit kandung hempedu adalah tinggi." (Anonymous, 2012)

"Walaupun sumber vitamin C boleh diperoleh dari pelbagai jenis buah dan sayuran, tetapi sebiji buah papaya dalam ukuran sederhana (+/- 280 gram) mengandungi 188 mg vitamin C dan 500 kj kalori. Ini adalah jumlah yang amat besar. Memandangkan penyakit kandung hempedu lebih banyak menyerang perempuan berbanding lelaki, jadi memakan buah ini amat baik diamalkan oleh perempuan." (Anonymous, 2012)

More info please visit HERE  and HERE

Okay, sekian sahaja pembelajaran kita hari ini berkisar khasiat CIK BETIK. Untuk makluman, tajuk entri kali ini hanyalah gimik semata-mata, tak berkaitan dengan sesiapa baik yang hidup mahupun yang telah meninggalkan dunia. Wallahualam. K bai.

Nyum-nyum,,bagi yang jakun tak kenal saper CIK BETIK tu, ni ha bentuknya CIK BETIK itu...


P/S::Ceh, penulis macam sengaja ja mengaburi mata orang ramai dengan meletakkan khasiat CIK BETIK



KAHWIN...KAHWIN...KAHWIN


.......بسم الله الرحمن الرحيم 


Musim kahwin menjelang lagi tatkala cuti sekolah pun tiba. Bagi yang dah bertemu jodoh, ofkosla time ni menjadi saat-saat indah untuk mereka. Bagi yang yang belum bertemu jodoh pulak, time nilah masa nak meraikan kawan-kawan yang dah bertemu jodoh dan musim makan nasi minyak sedunia.

Uiskhh, bagi mereka yang bertemu jodoh ni dah tentu-tentu la mereka nak sambut dengan gilang-gemilang hendaknya. Al-maklumlah kahwin ni sekali seumur hidup (bagi yang kekal la),  masa ni la nak melaram macam princess and putera raja bagai. Pom pang, pom pang kompang dipalu tanda pengantin bakal bersatu setelah direstu.

Makan hati la bagi yang telah putus cinta dengan kedua-dua pengantin baik pengantin perempuan mahupun pengantin lelaki. Makan hati sebab tengok kebahagiaan mereka. Padan muka sapa suruh kau attend kenduri tu, haha. Kan dah tersentap disentap mahupun menyentap.

Bagi pihak yang belum bertemu jodoh lagi kesian haha, mesti rasa diri tak laku kan?? Kawan-kawan semua pon dah ada teman sehidup semati, tinggallah mereka-mereka yang tak laku ni sorang-sorang melihat kebahagiaan orang lain haha (Cis kuaq jaq ayat tak laku yang digunakan penulis nih). Soalan paling kurang siuman yang seboleh-bolehnya korang tak nak jawab dan bakal dielak mentah-mentah mesti yang ni kan?

“Kau bila pulak? Teringin jugak aku nak merasa nasi minyak kau.”

Eleh sibuk jela nak tanya-tanya. Hari-hari pun boleh makan nasi minyak apa! Pergi jela beli kat warung-warung takpun restoran sana. Tak hingin kot nak masak untuk kau. Kau ingat aku tak laku ka? Berderet tau lelaki kat luar sana ajak kahwin, tapi aku je yang tolak sebab aku kan muda agi. Kalau aku nak kahwin pun, kau ingat aku nak jemput kau ka? Wahaha, tapi bukan aku ja yang bakal kahwin lambat, korang tengok calon-calon yang tersenarai kat bawah ni, diorang pun kompom kahwin lewat sebab diorang mana ada steady, hahahaahaha (gelak penulis terbahak-bahak dalam hati).

1)  Mazni (yang ni kompom2 lambt agi, katanya aku belum terbuka hati lagi r, umo 30 bawu aku kahwin! Harap-harap time tu jangan aku terkejut dengan pilihannya sudah.)


Ceh amek berkat lewtewwww.....


Bajet comell letewww.......

2)  Siti ija (yang ni menurut ja si atas ni, katanya apa kahwin2? Geli r. Setia betul dia ni bercinta sampai bertahun-tahun lama, tak kan tak terbuka lagi kot??)

Huii market tinggi kot awek ni (34-26-37),,Ok saya bida awek ni untuk RM5juta, ada yang mahu bida?? haha...


3) Adzie (haha, yang ni bukan tak nak kahwin tapi nak sgt, siap berangan mengandung & dapat baby comel agik. Cuma belum jumpa yang sesuewei agi  katanya ha3 (hai tunggu kekasih gelap ka geng?)


Eh mana satu miraeee eh???

4)   Amirah ramli (kih2, rasanya beliau yang akan pecah rekod kahwin dulu kot, kuat betol instinct kat dia haha)

5)   Hanim faridah (hehe, yang ni giler gemar budak2 tapi tak tau la bila nak 
      buat anak sendiri, haish asyik peluk sayang menyayang anak orang ja.)



Ceh bajet cun letewwww....

Ok, tu jelah..malas citer panjang. K bai!!


P/S: Hoi korang cepatla cari jodoh, aku ingat nak ajak korang konvoi kahwin beramai-ramai naik vespa ni. 



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...