Wednesday, August 29, 2012

THE END OF A SAD STORY : HAPPY ENDING


Untuk apa yang berlaku selama ini, semalam adalah penamatnya. Ya kesudahan yang membahagiakan semua pihak. Aku gembira, dia gembira, dan semua orang gembira.

Pun begitu aku masih dihantui dengan rasa bersalah atas apa yang berlaku. Selepas kesemuanya meluahkan perasaan masing-masing. Aku terkesima seketika. Betapa aku jahil telah membuat mereka begitu.



 Sesi luahan perasaan!! Maafkanku sahabat....


Ya, selepas apa yang berlaku aku masih salahkan diri kerana telah membuat mereka begitu. Apa salah mereka? Kesalahan yang aku kira tidaklah sejahat mana. Tapi oleh kerana ketidaktamadunan akal, kesalah itu dihukum dengan perbuatan bodoh aku.

Ya, mereka menderita melihat apa yang berlaku. Ada di antara mereka menangis, ada juga di antara mereka marah, bengang, sakit hati dan sedih. Apa yang aku sudah buat ni? Itukah aku? Pelik…

Aku terlalu cepat melatah dek kerana perkara yang kecil dan kemudian menghukum mereka dengan jahilnya. Astarfirullahal-azim, ceteknya akal aku. Bukan kah aku diberi didikan yang baik serta pelajaran yang tinggi untuk memikirnya. Tapi kenapa aku gagal memprosesnya dengan baik?

Apakah hati aku hitam? Ya ALLAH, kalau betullah, hati aku hitam, itu mungkin kerana himpunan dosa-dosa lepasku. YA ALLAH ampunkanlah dosa-dosa hambamu yang hina ini, YA ALLAH. Aku juga memohon kau sucikanlah hatiku ini agar aku bisa membezakan kebenaran dan kejahilan. AMIN.





Buat sahabat yang telah menangis untuk aku ADZIE FARAHA MO’OSIN, kau tabahlah untuk menjalani kehidupan bersama-sama aku. Aku hanya akan kuat jika kau berada di sampingku. Aku juga mohon kau maafkanlah khilafku ini. Aku tahu mungkin bisa untuk kau maafkan ku, tapi untuk memadamnya dari kotak hati yang terguris itu mungkin susar. MAafkanku sahabat.

Maafkan aku juga sahabat yang lain NOORMAZNI KALIL, NOOR AINA AMIRAH MOHD NOOR, dan juga NORHASYIMAH ROSLI atas segala khilafku yang jahil, sejahil-jahilnya. Bergembiralah dengan pengakhiran sebuah episod duka ini. Ku pohon, di masa yang lain, aku mampu mengawal emosiku. ALLAHU AKHAR…………



Tuesday, August 28, 2012

HUKUM DUNIA


Hmm, inilah yang dikatakan hukum dunia. Manusia kini bertutur tanpa menggunakan akal. Siapa kita untuk menghukum orang lain. Jangan risau, setiap apa yang mereka lakukan, semuanya sudah ditentukan oleh Yang Maha Mengetahui dan Bijaksana, ALLAH. Kerana DIAlah maha menciptakan kita semua. Wallahualam bissawab...

Layanzzz......

kalau perempuan cantik pendiam
lelaki akan kata: wow!ciri2 isteri idaman...
Kalau perempuan tak cantik pendiam
Lelaki akan kata: tak reti berkomunikasi agaknyer...


Kalau perempuan cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: mst ada krisis nih...kesiannyer...
Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: dah la tak lawa,perangai plak mcm sial!!

Kalau perempuan cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: wow!heroin sejati...
Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: hmm...taktik nak ngorat la tu...

Kalau perempuan cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: ok la...bagai pinang d belah dua...
Kalau perempuan tak cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: kesian...mst dah kena bomoh lelaki tu...

Kalau perempuan cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu btol mamat tu!!
Kalau perempuan tak cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: patut pon kena reject...

Kalau perempuan cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: ntah dato' mana bela ni...
Kalau perempuan tak cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: mesti anak org kaya ni


split personaliti....

P/s::Well apa boleh buat, just take and leave it, bleh camtu??hmm...






MIMPI YANG TAK SEMPURNA…



Mimpi,
Semalam aku bermimpi,
Mimpi dikelilingi sahabat handai,
Mazni, and adzie dan aku…
Apa maksudnya?

Mimpi,
Kata orang ia hanya sekadar mainan tido,
Jadi usah pedulikannya,
Tetapi mungkin juga mimpi adalah petanda something,
Petanda? Entah…..

Ya petanda,
Petanda yang mungkin aku dirasuk rindu..
Selepas apa yang berlaku aku jadi rindu,
Rindu akan erti persahabatan…
Tatkala berdentum kilat menggegar langit,
Tiada siapa bisa persoalkannya,
Tapi percayalah kilat tak akan berdentum tanpa sebab,
Itu petanda hujan bakal menyimbah bumi,

Ya, tatkala terbangun aku dari mimpi,
Baru aku sedari,
Inilah petanda mimpi yang tak sempurna,
Mimpi yang aku masih perlukanmu sahabat,
Sebagai menyambung mimpi yang sempurna!!
Dan aku juga baru sedari yang hanya mimpi mampu menjadi penyelamatnya.




Mimpi yang kabur sukar untuk disempurnakan
ianya memerlukan cahaya yang dapat meneranginya
oleh itu hargailah setiap mimpi yang mendatang....


Monday, August 27, 2012

UNTUK SAHABAT


Buat sahabat yang aku cintai dan sayangi…
Percayalah aku tidak pernah membencimu,
Untuk setiap apa yang kamu buat.

Selebihnya, aku amat menghargai sikap prihatinmu,
Ya, tiada sahabat yang mahu menjatuhkan sahabatnya sendiri,
Dan aku percaya, kau juga bukan begitu,

Maaf kerana aku terlalu emosi melayanmu,
Maaf juga kerana ku tak bisa mengawal kolam takunganku,
Limpahan takungan bukan kerana terasa,
Limpahan takungan itu juga bukan kerana aku bencikanmu,

Tapi aku menangis kerana kau tak mengerti kesakitanku,
Sakit yang datang, bukan ku pinta,
Itu takdir dari Yang Maha Esa,

Maaf kerana ku tak bisa berkongsi denganmu,
Berkongsi kesakitanku, berkongsi kepedihanku,
Berkongsi hati, emosi dan perasaan yang ku alami,
Itu rahsia yang ku simpan sendiri, maaf sahabatku!!

Maaf juga telah membuatkanmu membenciku, menyisihkanku,
Melupakanku, meraguiku, serta menyakitimu,
Pedihnya rasa biar aku yang tanggung sendiri,

Maafkan juga sahabat andai aku telah memecahkan
Tembok persahabatan yang telah lama terbina antara kita,
Aku pohon padamu duhai sahabat yang paling aku kasihi,
Maafkan segala khilafku serta dosaku padamu,,,AMIN…..


Ampunkan aku Ya Allah...!!!


P/s::Ini lagu kesukaanmu sahabat, dengarlah ia sebagai merawat lukamu sahabat!! KEHILANGAN!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...