Saturday, October 20, 2012

KANAK-KANAK




Hujan itu pembawa rahmat. Ya, aku mensyukurinya TERIMA KASIH duhai MAHA PECIPTA yang menciptakan hujan. Bila panas, maka hujan adalah penyembuh bahang yang terasa. Kemudian pelangi pun muncul menghiasi langit mengukir bahagia yang CANTIK!!

Time-time hujan ni, tetiba terlayan zaman kanak-kanak dulu suka nyanyi dengan kawan-kawan. Sebab? Tak boleh kuar rumah main tanah dan “tuju lemak”. Inisiatif lain adalah bermain batu selambut sambil karaoke lagu:

Air pasang pagi surut pukul 5,
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga,
Pokok bunga melur tanam tepi kolam,
Itik bertelur ayam menetas,

Cik baba jatuh dalam parit,
Cik aminah ketawa jerit-jerit.
Naik kereta api turun kuala lumpur,
Nampak bini cantik tersorok bawah dapur,

Ah, ha. Ketawalah aku sorang-sorang. Zaman kanak-kanak aku sangat best untuk dikenang. Terima kasih duhai emak dan abah yang menjadi pelakon utama menghadiahkan dunia kanak-kanak yang sangat best.

Sebab hujanlah aku dan adik aku kena rembat dengan hanger oleh si emak yang garang. Fuh, nangis pun tak guna der, mak aku bukanlah pemujuk yang tegar. Kau nak nanges, kau pujuk lah sendiri. Lagi kau teriak, lagi kau akan didiamkan dengan hanger. Haha. Last-last tersembam atas bantal, sedar-sedar dah malam.

Haishh, rindunya zaman kekanak dolu-dolu. Senyum je selalu, mak marah pun buat derk je. 



P/s: Saya kenal sayang saya, eheh!!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...