Saturday, November 3, 2012

BERSANGKA BAIK



Semalam aku ada terbaca fasal Ainan Tasneem dah jadi pemilik mutlak lagu 150 juta kali ciptaan FYNN JAMAL. Ok, serius aku cakap. First aku terbaca berita ni, memang aku agak terkejut dan sedikit mencemuh tanpa aku tahu apa sebenarnya yang berlaku.

Apa hal pulak lagu Fynn dah bertukar milik. Hello, aku cukup pantang bila orang suka-suka curik idea pastu cakap tu idea kau. Rasa macam terbakar je hati ni. Tapi itu kata-kata aku sebelum aku terbaca status Fynn pagi ni. Tersentap raga tatkala membacanya hingga akhir. Ok, aku mintak maaf banyak-banyak sebab dah mencemuh Ainan Tasneem sebelum ini. Mahap Ainan!! Hehe.

Oh baru aku tahu, rupanya itu urusan Ainan dan Fynn sendirian. Mereka lebih tahu apa yang mereka rencanakan. Kalau tak, masakan Si Ainan mampu tersenyum mengalunkan melodi tu. Sedangkan berbuih mulut masyarakat mencebik. Kenapalah hati ini sukar untuk bersangka baik.

Sungguh aku respek gila Fynn Jamal. Demi masa depan yang belum tentu Si Arjuna Bakti, dia telah melepaskan sesuatu yang aku kira karya terulung yang telah menjulang namanya suatu ketika dahulu. Aku juga kira itu pengorbanan yang paling tak ternilai oleh seorang ibu kepada anaknya.

Selepas aku muhasabah diri, aku hanya fikir satu. Itu adalah nyanyian semula versi Ainan Tasneem. Macam lagu-lagu P-ramlee dan Sudirman dulu-dulu yang dinyanyikan semula oleh artis-artis muda sekarang. Ya, sekarang aku dah faham keseluruhan ceritanya. Bersangka baik. Bersangka baiklah wahai kau manusia!! =P BERSANGKA BAIK


P/S:: Kenapalah hati kau tak pernah penat memahamkan aku FYNN JAMAL? Walau sekasar mana pun kata-kata kejian yang dilemparkan mereka, kau tetap senyum seraya membalas kata-kata itu dengan memahamkan mereka. Bukannya menyembur dengan kata-kata kejian itu semula. OK, aku lambung kau tinggi-tinggi FYNN JAMAL. Tak apa aku lambung je bukannya sanjung. Haha, ada faham? 


*** Ok, terduduk aku membacanya.. Itu gunanya, pepatah "kalau malu bertanya, maka sesatlah jalan kau. Yehiew..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...