Tuesday, November 26, 2013

WALIMATUL URUS



Suatu hari, kawan gua hantar gambar persandingan milik seorang kawan sekolah dahulu. Boleh dikatakan dahulu kami rapat. Rapat in term of keluar lepak bersama minum-minum, meraikan hari raya, serta teman mengulangkaji STPM bersama. Selalu tapi tak sekerap bersama. Aku senyum.


"Alhamdullihah, barakallah. Sorang lagi sahabat telah melangkah ke alam baru."


Dalam senyum kegembiraan terselit secuit rasa terkilan. Tiada jemputan mahupun ajak-ajak ayam. Rakan yang seangkatan mula bersiul. Bunyi-bunyian tidak berkenan mula berkumandang. 



"Bila?"
"Sampai hati."
"Kenapa?"
"Kita siapa?"




Aku masih senyum. Aku malas turut bersiul. Aku jenis pasrah. Aku tak akan merungut. Aku tak suka mengungkit atau mengaibkan. Aku ajak kawan-kawan yang lain positif. Husnuzon. Walau pahit, tak mengapa kita telan bersama. 




"Periuk tak retak, nasi tak dingin,
Orang tak hendak, kita pun tak ingin."





Kata-kata positif yang sering aku alunkan pada rakan-rakan lain. Orang tak nak jemput, kenapa perlu kita terhegeh-hegeh bukan? 

Alasan? Ya! Mungkin dia ada alasan kenapa tidak kita dijemput. Husnuzon. Husnuzon lagi. Aku tak nak marahkan dia kerana tiada undangan. Lagi pula, majlis diadakan di rumah pengantin lelaki. 





Sabda Rasulullah SAW, Nabi Muhammad SAW: 

"Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan." 
(Riwayat Ahmad daripada Abdullah bin Zubair Radhiyallahu 'anhu dan disahihkan oleh al-albani di dalam Irwa' al-Ghalil) 
Sumber: Gua google ja. Gua bukan alim sangat.





Keji tak gua letak hadis? Haha. Tapi betul lah, bagi mengelak berlakunya fitnah maka wajib kita uar-uarkan perkahwinan kita kepada semua orang. Sekecil-kecil majlis wahima sebsar-besar majlis, walau tiada undangan at least maklumkan kepada kenalan yang dikenali. 

Bukan niat nak makan percuma mahupun mengumpul koleksi bunga telur dan door-gift. Doa. Ya, andai dimaklumkan kami akan sedekahkan sepotong doa buat bekalan anda mengharungi perjalanan baru anda membina masjid. 

Pun begitu. Aku tetap doakan kebahagiaan kau wahai sahabat. Kerana aku gembira melihat kawan-kawan bahagia. 

Akhir kata.



"Tahniah. Selamat pengantin baru sahabat. Semoga perjalanan anda meniti titian kehidupan suami dan isteri sentiasa mendapat rahmat dan keberkatanNYA. Semoga kekal hingga jannah sana dan dimurahkan rezeki dalam menimang cahaya mata, makan, pakai dan segala-galanya. Wallahualam bsw."




P/s: Gua masih menunggu giliran gua pula dipinang. Haha.




Monday, November 4, 2013

CARA MENJAWAB CARA MUDAH


Merujuk kepada perkara di atas.
Tengahari tadi aku dan kawan aku yang leaking berkejar ke toilet. Sampai di tempat kejadian, kelihatan seorang staf ofis kitaorang turut menapak ke toilet berkenaan. Sedikit senyuman dilemparkan kepada beliau. Junior kena hormat senior ye tuan-tuan dan puan-puan. 

Kemudian berjemaah lah kitorang menderma apa yang patut di bilik VVIP masing-masing. Usai menderma, kami beriringan pula mengangkat wuduk. Sebelum berwuduk berlaku sesi soal jawab spontan seperti berikut:



AKAK STAF: Awak ni student ke? 
(Tanya beliau sambil memandang slack kitorang)

KAWAN AKU: Taklah kitorang GRA
(Jawab kawan aku tegas.)

AKAK STAF: Dua-dua pun GRA?
(Masih lagi dengan pandangan poyo beliau. Rupa macam tak kasi kitorang share toilet dengan dia je.)

KAWAN AKU & AKU: Ha a yup! 
(Jawab kami pendek dan terus berwuduk. Walaupun kitorang cukup tinggi daripada akak terbabit)




Usai berwuduk kitorang pun blah. Tak nak berlama-lama dengan pandangan slack akak staf berkenaan. laju kami menapak ke ofis. Dalam hati masing-masing merencana nak ngadu kat rakan GRA yang lain. Sampai kat opis kawan aku tadi start mengadu kat kawan GRA yang lain. 

Berikut adalah sesi adu-mengadu terbabit.



KAWAN AKU: Tadi dekat toilet akak makmal bla bla bla bla bla n bla. 
(Gosip kawan aku dengan gaya ala-ala kim kardasian u olsss)

KAWAN GRA 1: Iye ke? Tu kawan kak kema tu (GRA 2). 
(Bersembur-sembur jeruk Penang yang dikunyah beliau. Dia nih eksaited ckit bab-bab gosip kedai kopi.)

KAWAN GRA 2: Axy patut gitaw dia yang korang RA DR. sekian-sekian. Baru dia tak question korang.
(Aku tambah-tambah sikit dialog GRA 2 ni. Baru nampak over sikit gosip kitorang.)

KAWAN GRA 1: Ko patut cakap cemni je kat akak tu. Ha a, kitorang GRA. Kalau nak tau, ada lagi 5 GRA kat ofis kitorang. Kau hado? 
(Dialog ni pun aku olah juga, bagi nampak tak senonoh sikit GRA 1 ni menjawab. Sebab dia ni kelakar nak mati)




Ok. Tu jelah yang aku nak perkatakan bagi isu kali ini. Agak-agak sampai tak kelakarian yang aku nak sampaikan? Korang tak gelak siap korang. Aku lipat korang guna garfu edaran Chin Hin Jitra motor Sdn. Bhd. 


ok bai. Macam tak sampai je. macam tak lawak je. macam-macam je. hahhaha




Sunday, September 29, 2013

MADAH CINTA



“Cinta bukan hanya di mata,
Cinta hadir didalam jiwa, 
Biarlah salah di mata, mereka,
Biar perbezaan terlihat antara kita."



Katanya cinta itu indah,
Macam pelangi yang muncul selepas hujan,
Berwarna-warni, ceria.

Katanya cinta itu manis,
Umpama krimmer susu pekat manis,
Sentiasa dihurung semut,

Katanya juga cinta itu gila,
Siang malam asyik terbayang,
Sampai susah nak hidup berenggang.

Heheh, itu katanya orang.
Kata aku cinta itu ibarat pisau,
Sangat diperlukan untuk menghiris,

Asalnya sebagai keperluan,
Klimaksnya menjadi sangat membahayakan,
Saat menghiris terasa ngilunya,
Terasa pedihnya,
Terasa deritanya.

Bagi yang bijak mengemudinya,
Pasti berhati-hati ketika menghiris,
Supaya tidak terluka jari,

Semakin tajam bilahnya,
Semakin mudah untuk menghiris,
Semakin dalam lukanya,

Pesan aku, berhati-hatilah menggunakannya,
Jangan terlalu tajam mengasahnya,
Kerana kita tidak tahu bila kita akan terluka,

Saat terluka, payah untuk sembuh. 



Monday, August 26, 2013

JUST GIVE ME A REASON



Right from the start
You were a thief
You stole my heart
And I your willing victim
I let you see the parts of me
That weren't all that pretty
And with every touch you fixed them

Now you've been talking in your sleep, oh, oh
Things you never say to me, oh, oh
Tell me that you've had enough
Of our love, our love

Just give me a reason
Just a little bit's enough
Just a second we're not broken just bent
And we can learn to love again
It's in the stars
It's been written in the scars on our hearts
We're not broken just bent
And we can learn to love again

I'm sorry I don't understand
Where all of this is coming from
I thought that we were fine
(Oh, we had everything)
Your head is running wild again
My dear we still have everythin'
And it's all in your mind
(Yeah, but this is happenin')

You've been havin' real bad dreams, oh, oh
Used to lie so close to me, oh, oh
There's nothing more than empty sheets
Between our love, our love
Oh, our love, our love

Just give me a reason
Just a little bit's enough
Just a second we're not broken just bent
And we can learn to love again
I never stopped
You're still written in the scars on my heart
You're not broken just bent
And we can learn to love again

Our tear ducts can rust
I'll fix it for us
We're collecting dust
But our love's enough
You're holding it in
You're pouring a drink
No nothing is as bad as it seems
We'll come clean

Just give me a reason
Just a little bit's enough
Just a second we're not broken just bent
And we can learn to love again
It's in the stars
It's been written in the scars on our hearts
That we're not broken just bent
And we can learn to love again

Just give me a reason
Just a little bit's enough
Just a second we're not broken just bent
And we can learn to love again
It's in the stars
It's been written in the scars on our hearts
That we're not broken just bent
And we can learn to love again

Oh, we can learn to love again
Oh, we can learn to love again
Oh, oh, that we're not broken just bent
And we can learn to love again


Tuesday, August 20, 2013

KASIHNYA ABAH


11-August-2013 (7.30pm)


"Bila nak habis belajar?" 

Tanya abah suatu malam ketika aku mula beransur untuk pulang ke tempat belajar. Usai bersalam hormat setelah berjaya memenuhkan cuti raya yang kurang beberapa hari sahaja.

"Insyallah, hujung tahun ni abah."

Jawab aku tersangkut-sangkut macam enjin motorboat. Asal sangkut? Gila tak sangkut, dulu masa mula-mula nak sambung belajar, aku menyinarkan harapan tempoh belajar kali ini hanya setahun. Mungkin teringat harapan setinggi gunung aku suatu ketika dahulu. Maka terbitlah soalan cepumas ini. Taraa.

Sekarang aku sudah semester 4. Bermaksud sudah dua tahun aku berkampung di sini. Sangat tidak menyaka'in pun. Pejam celik dah dua tahun, pfttt ibu bapa mana yang tidak pelik dan gaharu kan? 

"Apa anak aku buat sampai dua tahun di sana?" 

Mungkin persoalan itu yang terbit di benaknya barangkali. Huhu. Abah bukan orang berpelajaran macam kita-kita ni, apa yang anak-anak beritahu fasal pointer ke, research ke, coursework ke, tesis ke and what so ever. Abah aku tak tahu. Jadi payah untuk aku menerangkan secara keseluruhnya. 

Oleh itu mengambil langkah, berzanzi dalam diri. Menanam azam (bukan azam pakwe nina ye) dalam hati. Nekad nak habiskan research aku tahun ni jugak. Konvo belakang kira. Kata hati aku bermonolog dalaman seorang diri. 

"Nah, duit belanja. Abah bagi banyak ni dulu. Nanti 20hb abah masukkan lagi."

"Terima Kasih abah!"

"Sama-sama. Belajar rajin-rajin ye." 

Huwaa tersentuh hati aku tatkala mendengar pesan ayahanda tercinta. Padahal lebih tersentuh bila menyentuh duit yang abah bagi tu sebenarnya (kihkihkih). Sebenarnya lagi sekali, duit dalam akaun bank banyak je lagi. Tapi yelah kan, manusia tidak lari dari sifat "rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari." Haha

"Tak apa lah abah. Jangan risau, duit acik ada je lagi. Nanti kalau tak cukup baru acik minta ye."

Dialog ni tersekat kat kerongkong aku. Tak tau fasal apa payah sangat nak keluar. Asal-asal nak harmkan hati tua itu dengan ayat ni. Tapi entah. Hanya terima kasih yang termampu aku ucapkan. Bye abah, balik dulu. Mak menghantar aku dengan pandangan yang sayu. Sedih barangkali anaknya yang jarang pulang ini pergi merantau semula. 


21-August-2013 (10pm aka hari ini)

Tadi selepas bersosial di laman sosial. Tiba-tiba hati tergerak nak mengintai baki akaun bank. Alangkah terpana hati terkaget perasaan melihat baki akaun yang melambak. Tangan segera menjentik butang transaksi. Hari ini pukul 9.26 pagi ada debit masuk sebanyak RM$$$. Banyak kot.

Hati dah mula penasaran. Abah ke yang masukkan? Kalau diikutkan janji abah, 20hb. Tetapi hari ini 21hb. Mustahil abah yang masukkan sebanyak tu? Tetapi mana ada orang lain yang sanggup masukkan sebanyak itu. Oh my abah. Bukan ku tak sudi kasih. Eh, ada musik latar pulak kan. 

Hati aku mula menjeruk perasaan. Betapa besar pengorbanan abah. Janji ditepati. Aku? Aku? Setahun jadi dua tahun. Janji dicapati. Huarghhhh. Menguap laju-laju.

Buat abah, terima kasih aku ucapkan. Insyallah anakanda mu ini akan cuba sedaya upaya untuk siapkan penyelidikan ku ini within this year juga. Aku malu sebenarnya abah. Di usia lewat pertengahan 30an ini, kau masih berbakti demi memastikan makan pakai aku cukup. Sedangkan aku berfoya-foya berseronok dengan duniawi yang entah ke mana.

Demi abah. Insyallah aku siapkan. Insyallah abah. One fine day, aku akan balas jasamu ini. Tidak ku berani berjanji yang mahal-mahal. Tidak berani ku berjanji yang indah-indah. Takut aku lalai mengingkari janjimu.

Sekian untuk abah.

"Ya Allah ya Tuhanku kau tetapkanlah hati hambamu ini dalam mencintai dan mendamaikan hati kedua orang tuaku. Bimbinglah aku untuk menjadi anaknya yang solehah. Anak yang mampu menghadiahkan syurga buat kedua mereka. Amin ya Rabbalamin. 






Wednesday, July 10, 2013

Ihya ramadhan

Ramadhan menjelma lagi, hari ini genap 5 tahun aku menyambut bulan mulia ini di perantauan. Masih di Terengganu.

Adoi malas nak skema-skema. Weh posa weh. Korang sambut posa kat mana? Harap korang puasa penuh tahun ni.

Sunday, June 16, 2013

A.B.A.H






Aku jarang update perihal keluarga,
Banyaknya perihal kawan dan dunia,
Bukan aku derhaka,
Tambah2 perihal 'ABAH',

Privasi sebenarnya,
Tapi hari ini,
Hati gian nak sebarkan,

Aku ada 'ABAH',
Abah ni tegas,
Abah sangat garang,
Abah tak romantik,
Abah outspoken,

Tapi Abah paling penyanyang,
Abah sangat kelakar,
Abah sangat sangat kelakar,
Abah pemaaf,
Abah cepat lupa kemarahan,
Abah paling suka bersedekah,
Dan Abah juga seorang 'HAJI'

Paling best ABAH ni legend dan HERO,
Sbb ada anak 10orang hihi,
Ada putih ada hitam,
Hebatnya ABAH boleh hasilkan colour block kn?
Hahaha..

Kalo susah carilah Abah,
Abah sedia membantu,
Aku la tu,
Suka betul menyendel Abah,
Setakat aku 25thun ni dah berjuta agaknya aku keringkan poket dia,
Haha,

Satu yang paling aku suka fasal ABAH,
Dia spoting,
Kau bawaklah jejaka idaman malaya x cukup inci, bebal, x hensem macam mana pun,
Dia cepat ramah dan suka,
Sebab ABAH kurang kasih sayang lelaki,
Hahahaha

Oklah ckup perihal Abah,
Sebenarnya motip satu ja,
Nak cakap kat Abah,
SELAMAT HARI BAPA 'ABAH',
Weeee,



" Ya Allah Ya Tuhanku, Aku memohon padamu KAU dipanjangkan usia kedua IBU BAPA, agar mereka dapat melihat kejayaan anaknya ini dan juga kebahagiaan anaknya ini, AMIN Ya rabbal alamin"





Tuesday, May 7, 2013

RESTU



Assalamualaikum w.b.t

Menemui blogger yang dirindui,

Terdetik hari ini untuk aku coretkan perihal restu,
Umum tahu sebuah restu itu penting bagi menjamin sebuah kebahagiaan,
Restu boleh datang dari pelbagai pihak,
Restu dari IILAHI, IBU BAPA, KELUARGA, PEMIMPIN mahupun PARA ULAMA

Datang suatu hari sahabat aku,
Mengadu sang pilihan hatinya tidak direstu ibu,
Menangis pilu hatinya,
Mengenang di kanan ibu di kiri sang arjuna,

Sang arjuna datang dari kalangan yang baik-baik,
Bagi pihak aku, aku senang dengan keluhuran sang arjuna menyemai cinta,
Kasihnya dia buat sahabat aku tidak diragui,

Namun restu bukanlah mainan,
Kasih ibu lebih lama tersemai,
Mana mungkin hati si anak mahu meranapkan kasih itu,
Mana mungkin juga kasih arjuna setanding si ibu,

Tapi aku tahu,
Hati itu juga masih mendambakan asmara arjuna,
Buat peneman berbicara sepi dan rintihan duniawi yang terkadang menyeliratkan benak,
Hati mula meragu dan meronta demi sebuah kalimah agung RESTU,

Ya RESTU,
Ku pohon padamu RABBI kurniakanlah RESTU buat sahabatku,
Andai itu JODOHNYA bukakanlah hati IBUNYA menerima arjuna,
Namun andai itu takdirnya, ku pohon padamu teman,
Taatilah ibumu yang memegang RESTU terbesar sebuah PINTU KEBAHAGIAAN,


Akhir kata saya akhiri entry kali ini dengan beberapa potong hadis, wallahualam bissawab

"Sabda rasulullah s.a.w: Redha Allah bergantung kepada Redha kedua ibubapa, dan murka
Allah bergantung kepada murka kedua ibu bapa"




Saturday, April 27, 2013

HEY MR DIA, READ THIS!!






“Terdidiknya seorang ISTERI itu apabila BAIKnya seorang SUAMI,
maka apabila BAIKnya seorang SUAMI itu BAIKlah juga ISTERInya, apabila SOLEHnya SUAMI itu maka SOLEHAHlah juga ISTERInya, suami itu sebagai ACUAN buat ISTERInya…”



Thursday, April 18, 2013

BERDIRI


Mengapa Rasulullah SAW Melarang Minum Sambil Berdiri?




MORAL: Untuk aku, Aku suka minum + makan berdiri. Tak sopan gila. Ok, akan cuba untuk mengelakkan hal2 begini berlaku lagi hehe.



Tuesday, April 16, 2013

MENGHANJING



Dear My Lovely Blog, Assalamualaikum w.b.t.

M.E.N.G.H.A.N.J.I.N.G = M.E.M.B.A.H.A.N = PERLI!!!
Spell it right and pronouns it well,
Haha,

Kat opis aku ada kawan-kawan kaki menganjing habis,
Diorang memang balaci semasa diorang,
Bahan eksperimennya adalah aku,
Pantang ada peluang,
Cekap ja diorang membahan aku,

Kenapa aku?

Sebab aku diambang zaman kegemilangan berdua,
Sekian lama membujang,
Bila berdua,
Maka banyak pihaklah yang bersiul bising,

Lantas membahan aku tiap masa dan ketika,
Aku hanya ketawa tersipu-sipu,
Kononnya malu, tapi mahu, puiii

Aku tak marah,
Sebab dalam hati aku cuma satu ,
CHILL LAH hehe..


Moral: Kami buddies kami suka menganjing..ada lori ada bas, next time aku balas.. bahaha


Wednesday, April 10, 2013

SEKEPING HATI



Assalamualaikum w.b.t,

Hati mana-mana pun kalau dirodok api,
Tercuit jugak rasa bahangnya,

Hati mana-mana pun kalau dijolok kayu,
Rabak juga sakitnya,

Hati mana-mana pun kalau dibaling batu,
Dalam juga lompongnya,

Hati mana-mana pun kalau terguris pisau,
Mengalir juga darah pekatnya,

Sebab tu,
Kalau hal yang melibatkan hati,
Tak usah bercakap yang jujur-jujur,
Sembunyi sikit,

Ok cintailah hati anda,
 =)

https://fbstatic-a.akamaihd.net/rsrc.php/v2/y4/r/-PAXP-deijE.gif
P/s: semalam hati aku tak sengaja menangis


Monday, April 8, 2013

KISAH ALGEBRA



As usual, Assalamualaikum w.b.t.

Dulu-dulu masa dekat sekolah,
Kelas paling atas biasanya akan disogok dengan ADD MATH,
Matematik Tambahan yang mengetengahkan sifat-sifat ALGEBRA,

Dulu aku paling lembap subjek ni,
Sampai SPM pun aku dapat cukup-cukup makan,
Sebabnya ada campuran alphabet dan numeric,
Sampai lemah serebrum dan selebelum dok kunyah semua ni,

Macam mana nak mendarab alphabet dengan numeric?
Tak ke susah tu?
A + B (sinX – log10) (1567)
Arghhhh? Biol! Kelam! Lembap!
Aku serius tak reti sampai sekarang,

Suatu hari, aku scroll down wall post FB,
Pastu aku pun terjumpa benda alah ni,
Katanya

“tapi kan.. sebenar in real life.. bila masa korang guna ALGEBRA ... hahaha.. kecuali lah korang cikgu atau lecturer duk ngajar algebra... kannnNNNnn….” (Himpunan Cerita lawak, 2013)






Sentap, haha..
Betui juga kata dia,
Blajaq tinggi-tinggi Si Algebra ni sampai rabun pun,
Apa sumbangan dia pada kehidupan harian kita?
Last-last tak applied pun everyday,
Hahaha,

So, moralnya,
Ilmu itu luas,
Tak kisah la ilmu apa yang kau belajar,
Tuntutlah ia dengan istiqomah,
Tak kisahlah applied atau tak,
Sebab ilmu itu RARE,
Hahahha..



Sunday, April 7, 2013

SELAMAT BERDUA!!



Assalamualaikum W.B.T.,
Perihal Kedahan Kepochi,
Sebuah group chat di medium WHATSAPP
Yang baru aku tubuhkan bagi penghubung hati-hati yang jauh,
Sangat jauh dahulunya,

Seronok,
Aku dah dapat kembali retak persahabatan,
Makin lama makin tercantum rapat,
Kalau dulu renggang sekarang dah kejap (tersimpul rapi),

Macam-macam kami sembangkan,
Dari hal kecik sampai ke besar,
Dari hal gossip sampai ke isi hati,
Rupa-rupanya,
Masing-masing dah steady,
Tunggu masa untuk diikat,

Seronok nampak mereka happy,
Tak jemu-jemu sembang pasal isi hati, buah hati,
Jodoh dah mendekat,
Selamat berdua kawan-kawan!


KAWAN AJINAMOTO





Assalamualaikum my dearest blog,
Lama tak update blog, sebulan sudah,
Tetiba hari ni semangat nak update,

Alkisah untuk hari ini tentang KAWAN AJINOMOTO,
Eeeeyewww, what is dat??
It’s sound soooo fishhhy yew..
Haha,

No la,
Ok, let’s me speak,
You Listen!!
Sit down there, be QUIET!!
Haha,

Dekat tempat belajar aku,
Aku ada seorang kawan yang sama merepek,
Dia adalah AJINAMOTO aku,
Serbuk perasa yang memang jahanam, haha

Setiap kali aku berhujah,
Dialah penambah yang panjang-panjang,
Setiap kali dia membebel,
Akulah serbuk perasa yang kelaut,

Kami saling melengkapi antara satu sama lain,
Kalau bercakap aku suka unsur humor,
Kalau tak, cakap aku macam kosong, tak best,

Aku jugak suka berangan,
Kalau duduk berbincang hal penting,
Aku memang payah nak serius,
Orang bincang A,
Aku tambah B, C, D, E dan seterusnya belok ke kiri sikit,
Kalau time tu ada kawan AJINAMOTO aku ni,
Perbincangan memang jadi gamat,

Asal-asal aku tambah dari A ke E dan belok ke kiri,
Dia lagi jahanam mendarab A dengan Z,
Kemudian terjun ke gaung,
Buat aku gelak guling-guling,
Hampeh, perbincangan jadi rancangan RAJA LAWAK,

Tapi aku suka,
Aku suka hidup dengan lawak,
Sebab aku suka gelak,
Aku tak suka suasana serius,
Nanti aku jadi bosan,
Tiba-tiba ja aku boleh bertukar jadi emo,
Itu yang tak best tu.

Aku memang suka menulis ayat tungang-langgang,
Kau tak faham?
Suka hatilah, aku malas nak layan,
Aku bukan sasterawan nak tulis ayat seni,
Cukup tulis ayat putar belit,
So penulisan aku nampak RARE,
RARE dari orang lain,
Haha,

Kesimpulannya,
Weh kawan AJINAMOTO,
I lebiu!!!
Hahaha..




P/S: Erkkks, sebenarnya aku ada ramai ja KAWAN AJINAMOTO ni, GROUP WHATSAPP KEDAHAN KEPOCHI aku pun memang RARE, depa ni memang garam aku, kalau masak tak ada garam tak best ar bro. Dan depa ni pun memang jahanam, kalo lepak dan sembang dengan depa memang merapu banyak dari isi. Ok bai!!




Saturday, March 9, 2013

MARI MELAWAT MEREKA





Assalamualaikum w.b.t.
Ah ha,
Rasanya belum terlambat untuk aku membuat coretan,
Hari melawat kawan-kawan!!

Bertarikh 01-02-2012,
Dengan meriahnya,
Aku pergi melawat kawan-kawan sebelajar yang lama tak jumpa,
Sekali jumpa berlambak terus,
Dengan junior-junior sebelajar sekali turun,
Lokasi berkumpul:: The Curve, E-curve dan Ikea, Damansara,

Time ni la drama-drama swasta bermula,
Terkejut, tak terkejut, mengejut, berkejut, haha,
Semua ada, berkumpul ramai-ramai pastu memekak dekat karaoke,
Bising gila bila masing-masing sibuk test vocal,
Pitching tak payah cakap lar, kelaut semua,

Adat orang perempuan-perempuan,
Jumpa, mesti laga-laga pipi tiga kali,
Tangan tak lupa berpaut salam juga,
Hilang seluruh rindu yang bertahun bertandang,
Bila kami berpelukan,
Terasa aura rindu tu menyerap terus ke badan masing-masing,

Mulut, tak payah cakap la,
Becok ja masing-masing nak bercerita itu ini,
Paling best part membuli aku,
Dulu, kini dan selamanya aku memang sokmo kena buli dengan diorang,
Tapi aku tak kisah pun,
Buli la yang membuatkan kami makin meriah,
Makin galak nak menyakat-nyakat,

Habis ja reunion,
Aku mula rasa rindu balik,
Aku senyum, indah gila malam semalam dengan mereka,
Kali ni kami jumpa semua masih bujang,
Hari nanti, aku tak sure kami still bujang atau tak,
Kerja pun kitorang main-main lagi, mana ada yang tetap,
Kami remaja lagi la, relaks la.

Semoga kita jumpa lagi yea kawan-kawan,
Miss you lots like a crazy. Muahhhhhhhh….
See you then, take care, BYE!!




SAYANGKU…




Assalamualaikum, wahai pemilik hati dunia tersembunyi,
Sedang aku melayan AJL27, terdengar alunan melodi TDB versi Aizad menampar telinga. Ah, merdunya. Terlelap hati membuai perasaan.

“Sayangku jangan kau persoalkan siapa di hatiku,
Terukir di bintang, tak mungkin hilang cinta ku padamu,
Hmm, bercinta aku mahu tapi tidak denganmu…..”


Untuk pemilik hati dunia tersembunyi, hari ini aku nak luahkan isi hati,
Kalau boleh, kau dengarlah,

Untuk tiga tahun membujang, kelmarin yang lalu penamatnya,
Hati yang sepi mula terubat,
Semakin hari semakin bercambah hati tersenyum rindu,

Tapi, tatkala minggu berganti minggu,
Hati menjadi kembali sepi, tawar hati,
Tertanya2, apakah bukan ini jodoh yang dicari?

Bukankah hati perlu gembira?
Cinta yang baru, pasti menguntum bahagia.
Katanya orang.

Tapi, aku? Aku mula bosan,
Mungkin bukan dia jodohku,
Ku cuba memujuk hati untuk menemani kesepian yang bersarang,
Ah, betapa aku tidak tega.

Pabila terpandang coretan hadis,

“Carilah dia yang beragama, bukanlah rupa semata,
Supaya dia membimbing kita ke jannah sana,
Supaya kita beroleh keberkatan dariNYA”


Hati mula mengendur,
Walaupun kesepian hati terisi dengan adanya dia di sisi,
Namun, hati masih tetap terasa sepi, kenapa?

Mungkin bukan dia jodohku,
Kalau dulu aku beriya, sekarang aku percaya,
Usah dicari yang sempurna azali,
Carilah dia nur di hati, yang mampu menyuluh kegelapan hati,

Biarlah dia sukar dicari,
Tapi percaya pada hakiki,
Semakin kau mencari, semakin dia menyembunyi,

Bersembunyi menanti hati yang suci,
Supaya senang membentuk bahagia bersama,
Penantian memang menyeksakan,
Tapi kekadang penantian itulah yang membahagiakan ..

Moral:: Gua dah malas nak bercinta!!





Monday, February 18, 2013

KATA EMAK MATLUTHFI90




Assalamualaikum w.b.t

Tadi tertengok status baru MATLUTHFI90,
Pasai nasihat emak dia dekat dia,
Mak dia kata,




Lepas baca,
Aku baca lagi,
Baca lagi dan lagi,
Aku rasa, aku sama dengan MATLUTHFI90 kot,
Gagal menterjemah maksud disebalik kata-kata mak dia,

Wanita? Cinta? Faham?
Apadia tu?
Pasaipa perempuan memang berjodoh dengan cinta?
Bukan untuk difahami?
Hoh, ternga-nga aku nak faham maksud dia,

Sebab tak paham,
Aku pun scroll down komen-komen peminat dia,
Tup aku terbaca komen seorang peminat wanita dia,
Aku senyum,
Panjang gila aku senyum,
Yeay, aku dah jumpa jawapan,
Walaupun tak tepat,
Tapi, weh peminat wanita MATLUTHFI90,
I second your motion, haha…

Kesimpulan dia,
Aku respect kata-kata mak MATLUTHFI90,
Mom's always right, hihi
Tu ja kot,
Ok, bai……


JENIS-JENIS TENAGA.




Assalamualaikum w.b.t,

Dulu, masa aku belajar dulu-dulu.
Ada satu subjek mantap bernama EKONOMI TENAGA.
Subjek mengantuk aku kira.
Belajar fasal jenis-jenis tenaga di dunia.

Kebetulan, tadi aku teman kawan sebelajar pergi beli makanan.
Lapar katanya. Tengahari tak sempat makan. Kesian.
Dia beli roti dan air mineral, kemudian makan dengan lahapnya,
Tiba-tiba, dia merungut dia tak ada tenaga.

Kesian lagi.
Aku tanya dia, kenapa tak beli air milo,
Aku, kalau minum milo, kompom lepas tu terus bertenaga,
Tak payah makan nasi. Hehe.
Dia kata, “kenapa tak bagitau awal2?”
Aku senyum.

Lepas tu, dia kata lagi,
“Tak apa tenaga dia akan pulih sendiri nanti.”
Lantas aku pun teringat fasal subjek ekonomi tenaga yang aku belajar,
Aku senyum-senyum lagi,
Terlintas dalam kepala otak,
Hmm, jenis-jenis tenaga by ekonomi tenaga,

Lantas aku cakap dengan dia,
Tenaga dia yang mana satu?
Tenaga yang boleh diperbaharui ke atau tenaga yang tak boleh diperbaharui?
Dengan roti penuh di mulut dan gagahnya,
Dia cakap,
“Tenaga batin!”

Ok, sentap.
Hari ini, aku senyum,
Dah tau kedepan nanti nak jawab apa,
Bila anak murid Tanya,
“Puan, tenaga ada berapa jenis ek?”




P/s: Moralnya, tak payah tanya benda-benda cemgini dekat budak-budak lelaki. Geram ja jawapan senget depa. Hadoi. 



Tuesday, February 12, 2013

BESTIEST ENGAGEMENT DAY



 “10-02-2013”


Assalamualaikum w.b.t pembuka bicara,

Wajib jawab salam. Hihi…
Ok today I want to berbicara perihal majlis pertunangan kawan baikku,
Merangkap sahabat selamanya,
Teman bermain, menggila, menangis, berseronok dan sebagainya,

Ok, dimulakan dengan memperkenalkan perihal beliau,
Nurul Huda bt Mokhtar pemilik nama,
Atau terjemahan melayu bermaksud,
“Cahaya petunjuk kepada kebenaran”
Waa, nice kan,

Hokmakaih, seawal 8.00 pagi kami dah menapak ke butik pengantin untuk mempersiapkan diri. Erkk sang kawan ja, aku jadi driver tegar. Tunggu punya tunggu, pukul 11.30 t.ari, maka siaplah dia bersolek.

Sekali lagi homakaih, tak sia-sia tunggu lama-lama weh, cun gila sang kawan time ni. Secun namanya la. Adoi aku rasa tak sangka pulak aku berkawan dengan kawan-kawan yang cun melecun bak artis ni. Hasil makeup adalah seperti berikut, sila tumpukan perhatian anda kepada gambar-gambar di bawah.



 Ko tengok, pic dari tepi pon dah menunjukkan kelawaan beliau, adoi... Silalah geget jari pastu keman, then telan sampai habis haha....


 Ah ha, time ni aku rasa kecik ati gila, cemburu nok, dia lawa... Cantik gila... Aku? Tak sangka dia nak kawan ngan aku yang biasa-biasa ni. Huwaaa nak cantik jugak. Cantik kan busana dia, (Busana kau, tak tahan) gojes. Oh, lupa! Rantai aku secara tidak langsung turut memeriahkan busana pengantin hari ini haha... Upss, tu hadiah dari my bestiest adzie faraha mo'osin thanks yunk hehe...



 With the dayang-dayang yang setia hujung nyawa. Haha.. Setia la sangat, majlis tak abis lagi kami dah cabut haha.

 Ha, nendia cik tequna kita, sama cantik sama padan la. Cuma kuruih sikit, haha. Bertuah la kau Naim dapat Nunie yang hot lagi melatop ni. Tak pa bayaq mahai, tak rugi sebab maintenance cantik bak hang. Spare part pun susah nak cari kat market ni haha.....



Lagi dayang-dayang......

 

Aku dan dia dan rakan-rakan seperjuangan, sorang dah lepas yang lain-lain? Takkan nak tengok cermin tu ja, usha r jodoh korang pulak, haha...



Waaa time ni aku rasa nak nanges titis-titis,
Kawan aku dah bertunang aku tak sangka kami semua dah besar, 
Masing-masing dah ada haluan masing-masing. 
Lepas korang berumah tangga, aku tak sure kita boleh keep in touch atau tak. 

Aku harap sangat tradisi kita bersahabat takkan putus dan hilang ditelan zaman. 
Walaupun, sekarang aku dah terbau-bau yang tidak enak tentang persahabatan kita. 
Untuk korang, aku harap kita sentiasa bersama. Jangan pisahkan aku dan sahabat.  

Buat CIK NUNIE dan NAIM, tahniah koranggggg... HAppy engagement beb.. 
Aku tulis sambil nangis ni. Tak sangka kau dah tunang beb, Huwaaa... 
Semoga kalian kekal till jannnah... 
Aminnnn...

Itu sahaja laporan edisi gosip-gosip kiah hangit,,selama kita berjumpa lagi di next entry, ya Assalamualaikum...


P/s:: Aku nak tilik sapa pulak lepas ni haha....



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...