Monday, February 18, 2013

KATA EMAK MATLUTHFI90




Assalamualaikum w.b.t

Tadi tertengok status baru MATLUTHFI90,
Pasai nasihat emak dia dekat dia,
Mak dia kata,




Lepas baca,
Aku baca lagi,
Baca lagi dan lagi,
Aku rasa, aku sama dengan MATLUTHFI90 kot,
Gagal menterjemah maksud disebalik kata-kata mak dia,

Wanita? Cinta? Faham?
Apadia tu?
Pasaipa perempuan memang berjodoh dengan cinta?
Bukan untuk difahami?
Hoh, ternga-nga aku nak faham maksud dia,

Sebab tak paham,
Aku pun scroll down komen-komen peminat dia,
Tup aku terbaca komen seorang peminat wanita dia,
Aku senyum,
Panjang gila aku senyum,
Yeay, aku dah jumpa jawapan,
Walaupun tak tepat,
Tapi, weh peminat wanita MATLUTHFI90,
I second your motion, haha…

Kesimpulan dia,
Aku respect kata-kata mak MATLUTHFI90,
Mom's always right, hihi
Tu ja kot,
Ok, bai……


JENIS-JENIS TENAGA.




Assalamualaikum w.b.t,

Dulu, masa aku belajar dulu-dulu.
Ada satu subjek mantap bernama EKONOMI TENAGA.
Subjek mengantuk aku kira.
Belajar fasal jenis-jenis tenaga di dunia.

Kebetulan, tadi aku teman kawan sebelajar pergi beli makanan.
Lapar katanya. Tengahari tak sempat makan. Kesian.
Dia beli roti dan air mineral, kemudian makan dengan lahapnya,
Tiba-tiba, dia merungut dia tak ada tenaga.

Kesian lagi.
Aku tanya dia, kenapa tak beli air milo,
Aku, kalau minum milo, kompom lepas tu terus bertenaga,
Tak payah makan nasi. Hehe.
Dia kata, “kenapa tak bagitau awal2?”
Aku senyum.

Lepas tu, dia kata lagi,
“Tak apa tenaga dia akan pulih sendiri nanti.”
Lantas aku pun teringat fasal subjek ekonomi tenaga yang aku belajar,
Aku senyum-senyum lagi,
Terlintas dalam kepala otak,
Hmm, jenis-jenis tenaga by ekonomi tenaga,

Lantas aku cakap dengan dia,
Tenaga dia yang mana satu?
Tenaga yang boleh diperbaharui ke atau tenaga yang tak boleh diperbaharui?
Dengan roti penuh di mulut dan gagahnya,
Dia cakap,
“Tenaga batin!”

Ok, sentap.
Hari ini, aku senyum,
Dah tau kedepan nanti nak jawab apa,
Bila anak murid Tanya,
“Puan, tenaga ada berapa jenis ek?”




P/s: Moralnya, tak payah tanya benda-benda cemgini dekat budak-budak lelaki. Geram ja jawapan senget depa. Hadoi. 



Tuesday, February 12, 2013

BESTIEST ENGAGEMENT DAY



 “10-02-2013”


Assalamualaikum w.b.t pembuka bicara,

Wajib jawab salam. Hihi…
Ok today I want to berbicara perihal majlis pertunangan kawan baikku,
Merangkap sahabat selamanya,
Teman bermain, menggila, menangis, berseronok dan sebagainya,

Ok, dimulakan dengan memperkenalkan perihal beliau,
Nurul Huda bt Mokhtar pemilik nama,
Atau terjemahan melayu bermaksud,
“Cahaya petunjuk kepada kebenaran”
Waa, nice kan,

Hokmakaih, seawal 8.00 pagi kami dah menapak ke butik pengantin untuk mempersiapkan diri. Erkk sang kawan ja, aku jadi driver tegar. Tunggu punya tunggu, pukul 11.30 t.ari, maka siaplah dia bersolek.

Sekali lagi homakaih, tak sia-sia tunggu lama-lama weh, cun gila sang kawan time ni. Secun namanya la. Adoi aku rasa tak sangka pulak aku berkawan dengan kawan-kawan yang cun melecun bak artis ni. Hasil makeup adalah seperti berikut, sila tumpukan perhatian anda kepada gambar-gambar di bawah.



 Ko tengok, pic dari tepi pon dah menunjukkan kelawaan beliau, adoi... Silalah geget jari pastu keman, then telan sampai habis haha....


 Ah ha, time ni aku rasa kecik ati gila, cemburu nok, dia lawa... Cantik gila... Aku? Tak sangka dia nak kawan ngan aku yang biasa-biasa ni. Huwaaa nak cantik jugak. Cantik kan busana dia, (Busana kau, tak tahan) gojes. Oh, lupa! Rantai aku secara tidak langsung turut memeriahkan busana pengantin hari ini haha... Upss, tu hadiah dari my bestiest adzie faraha mo'osin thanks yunk hehe...



 With the dayang-dayang yang setia hujung nyawa. Haha.. Setia la sangat, majlis tak abis lagi kami dah cabut haha.

 Ha, nendia cik tequna kita, sama cantik sama padan la. Cuma kuruih sikit, haha. Bertuah la kau Naim dapat Nunie yang hot lagi melatop ni. Tak pa bayaq mahai, tak rugi sebab maintenance cantik bak hang. Spare part pun susah nak cari kat market ni haha.....



Lagi dayang-dayang......

 

Aku dan dia dan rakan-rakan seperjuangan, sorang dah lepas yang lain-lain? Takkan nak tengok cermin tu ja, usha r jodoh korang pulak, haha...



Waaa time ni aku rasa nak nanges titis-titis,
Kawan aku dah bertunang aku tak sangka kami semua dah besar, 
Masing-masing dah ada haluan masing-masing. 
Lepas korang berumah tangga, aku tak sure kita boleh keep in touch atau tak. 

Aku harap sangat tradisi kita bersahabat takkan putus dan hilang ditelan zaman. 
Walaupun, sekarang aku dah terbau-bau yang tidak enak tentang persahabatan kita. 
Untuk korang, aku harap kita sentiasa bersama. Jangan pisahkan aku dan sahabat.  

Buat CIK NUNIE dan NAIM, tahniah koranggggg... HAppy engagement beb.. 
Aku tulis sambil nangis ni. Tak sangka kau dah tunang beb, Huwaaa... 
Semoga kalian kekal till jannnah... 
Aminnnn...

Itu sahaja laporan edisi gosip-gosip kiah hangit,,selama kita berjumpa lagi di next entry, ya Assalamualaikum...


P/s:: Aku nak tilik sapa pulak lepas ni haha....



Monday, February 4, 2013

JUNA'S IS THE WORLD




Assalamualaikum w.b.t....

Yuhuu, tetibe hari ini aku tergerak nak tweet tentang Si BAKTI ARJUNA FITRI TRI HADZIR. Aku dan lama perhatikan Dak Juna ni since dia dilahirkan, pastu ada kompilasi sikit, pastu ada pembedahan kecil, sampailah dia dah sihat dan tup-tup kini dah terbang ke bumi Khazakhstan.

Humakaih, sungguh aku taipkan kat sini beruntungnya saudari FYNN JAMAL dan saudara TRI HADZIR dianugerahkan si kecil ni. Even, aku yang single mingle ni pun mengelepur kaki terpengaruh nak ada anak cepat-cepat pastu manjakan dia macam Dak Juna ni.

Kenapa saya suka JUNA?
Kenapa saya suka JUNA?
Sebab dia besttttttt…..haha

Apa yang pasti, aku memang sangat gilakan Si Kecik ni. Everytime aku buka je FACEBOOK, perkara pertama yang aku akan buat ialah scroll down new post pasal Si Kecik ni. Pantang ada je, aku terus “LIKE”. Tangan aku memang gatal je nak komen-komen dekat setiap caption pasal dia, tapi tak pernah nak menjadi. Aku pernah komen dekat salah satu pic dia, pastu aku delete balik. Haha, sebabnya aku segan. Bangang betul aku ni.

Aku suka Dak Juna sebab nama dia unik. Kawan aku kata, mereka-mereka yang namanya unik ni kebanyakan perwatakan mereka adalah menarik dan lain daripada yang lain.

Betul la bak kata orang, nama melambangkan peribadi. Aku admit it!! Sebabnya nama Si Dak juna ni memang kena la dengan sifat arjuna yang dia miliki skang. Dan aku harap in future dia akan jadi seorang pahlawan yang hensem dan gigih dan kental macam mummy dia sekarang (FYNN JAMAL).




Macam mana aku boleh kata dia nampak sangat arjuna? Tak perlu nak bukti-bukti sangat, aku tengok cara dia pandang kamera pastu posing, gaya tidur, gaya renang, gaya tengok movie, gaya layan daddy dia, gaya teman mummy dia masak pun aku dah boleh hagak. Aku paling suka gaya dia renang, steady gila. Sang arjuna je yang mampu bertenang buat muka tak bersalah dera daddy dia rendam dalam air. Haha sungguh aku suka.

Akhir kata, aku nak petik semula kata-kata FYNN JAMAL

“Usah ditinggi-tinggi dia, percayalah aku seorang yang sengal.”
Fynn Jamal

Eheh, aku pinjam quote ni dan tekankan dekat sini, aku bukan nak tinggi-tinggikan si Dak Juna ni, aku cuma pencerita yang gila gemar melihat telatah pahlawan air mata FYNN JAMAL ni. Dan aku coretkan dekat sini sebagai nukilan masa lapang. At least aku ada kenangan menulis pasal dak kecik ni. Kau hado? Menyebal ada la. Puii.

Okeylah, buat FYNN JAMAL dan suami beliau, teruskan memimpin Sang Arjuna mengikut rentak dan acuan yang diinginkan. Semoga Sang Arjuna mampu menjadi penjaga hati yang luluh dan berada di barisan hadapan perjuangan mereka yang memerlukan. Seperti dia sewaktu ketika dahulu. Seperti emak dan ayahnya suatu ketika dahulu. 

Tammat,
Ok, sekian.


HATI BILA RINDU




Aku tak tau kenapa aku suka sangat untuk menulis tentang kau Sis Fynn. Boleh kata, hari-hari aku akan tunggu latest update tentang kau, tentang juna, tentang sekeliling dan tentang semua yang berkaitan dengan kau.

Aku tau kau adalah manusia yang cuba untuk jadi tabah selepas my mum, selepas our prophet. Untuk berita kehilangan orang yang paling kau rindu digelar sahabat. Aku harap kau tabahlah SIS, as you did for JUNA’s struggled.

Dulu, aku juga begitu. Kehilangan abang. Abang yang tidaklah rapat. Tidak juga dibenci. Kami berdua ibarat suam-suam kuku. He always likes to decide my destiny on everything. Tapi, dalam banyak-banyak perkara, aku paling ingat fasal satu benda ni. Apa dia buat?

 Long time ago since I’m in secondary school, I’ve got an offered to further my study in technical school. Fuhh, fikir banyak kali gak nak pergi ke tak? Then, I’ve decided to reject it. But, what my bro do? He pushed me to accept that offered. Damn, I don’t want it. Aku bantah dia.

Dia berang dan cakap, “Ikut suka kau la! Lepas ni aku tak kan amek tau lagi hal kau!”

Lepas je peristiwa tu, dia betul-betul berhenti dari amek tahu hal aku. Aku sedih, dan aku bertekad untuk buat dia ambil tahu fasal hal aku semula. Aku nak masuk universiti. Tapi, walau aku dapat masuk universiti dia tetap tak ambil tahu aku. Sebab dia betul-betul dah berhenti dari ambil tahu hal aku untuk selama-lamanya. He’s gone!! Dia pergi menghadap ILLAHI dalam satu kemalangan.

Aku terkilan sebab tak dapat buktikan walau aku tak pergi sekolah teknik tu, aku mampu untuk masuk U. Even, aku pun tak sempat nak mintak maaf dengan dia sebab melawan dia.

Dari situ, aku juga dapat point sama macam you SIS FYNN. “Walau kau tak rasa bahagia dengan keputusan yang orang lain buat, tapi sekurang-kurangnya kau dapat bahagiakan hati mereka. Sebab at the end, kau juga akan bahagia, dan tak juga menyesal” Heh.

Lepas tu, bertahun aku tabahkan hati. So aku harap, SIS FYNN juga tabah. Tabahlah duhai hati, yang pergi tetap pergi, itu pasti. Kenangan memang tak dapat dipadam, sebab ia memang untuk dikenang. Tapi, kalau terlalu dikenang, air mata akan berlinang, itu pun pasti. Apa yang perlu, simpanlah kenangan, segeralah pujuk hati untuk senaman, senaman iman. Keep warm SIS!! Bye!!


Sunday, February 3, 2013

BUJANG aka SINGLE.....




Assalammualaikum w.b.t buat dunia tersembunyi,

Tahukah anda??
Menjawab salam hukumnya wajib ye kawan-kawan, so silalah jawab ye.

Terus kepada tujuan utama,
Tahukah anda, 
Untuk ke sekian kalinya, aku dengar orang-orang sibuk bersiul seronoknya hidup membujang ni. Serasa bebas untuk membuat apa yang disukainya, dan banyak kebaikannya contohnya:

1) tak rugi duit untuk topup .
2) xpyh kluar duit nk blnja kekasih. baik blanja parent makan.

3) malam2 xpyh text & call sampai tertido .boleh tido terus .

4) xkena berleter itu ini itu ini bla bla bla.

5) xde org ganggu tgh tido dgn bunyi henpon.
6) xde org nk jeles.

7) duit sentiasa ada.

8) xde orang nak kongkong pegy mne2

9) xde org kongkong kite nak buad pape
(Sumber: pencarian google, ditiru bulat2 dan terus ditampal)

Tetapi,
Tahukah anda?
Orang bujang sebenarnya juga merasa tertekan,
Tatkala ada angin-angin bertiup membisikkan kalimah keramat,
“Kau jangan tunggu lama-lama, aku takut kau jadi ANDARTU/ANTARTU macam si polan tu” kata si polan yang bajet hot kepada rakan terdekatnya. (kata-kata yang lebih kepada talam dua muka)

WTF??
Apa teruk sangat ke jadi "single",
Tak payah kau bercerita baiknya lelaki kau,
Kayanya lelaki kau,
Handsomenya lelaki kau,
Depan aku,
Semata-mata nak pancing aku bersuara "untunglah kau..aku bujang lagi"
Kemudian, berpaling kau belakang,
Mencanang aku sebagai idola,

Tahukah kau,
Walau kau senyum mentabahkan aku,
Tapi berselirat tersembunyi yang belakang-belakang,
Akan ada juga angin yang bertiup,
Menyampaikan pesan kau,
Tak perlu kau berlakon,
Menegakkan pokok yang bergoyang,
Sebab kau takkan mampu,

Tahukah kau,
Jodoh pertemuan itu urusan DIA,
Walau kau mencari, 
walau kau sempurna sifatnya,
walau kau selayaknya,
Tapi, tanpa aturan NYA,
Kalau itu kehendak-NYA,
Kau juga bisa membujang,
Ingat tu,
Adanya lelaki disamping kau,
Bukan untuk dibangga dipuja,
Tapi untuk kau bersyukur,
Kerana ketetapan-NYA,
Kun-Fa-Ya-Kun,
Maka berjodohlah kau dengan dia,
Kalau tak, jodoh kau mungkin di sana,

Tahukah anda??
Aku sudah melalut, merapu ramba? haha,
Tak apa, aku cuma menulis seikhlas hati,
Untuk kau terasa,
Silakan kalau cili dah tercalit di muka, haha


Kesimpulannya,
Bujang ataupun berpunya,
Semuanya ada masalah,
Wahima, binatang pun ada masalah, haha.

Ok, sekian saja. 




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...