Saturday, March 9, 2013

MARI MELAWAT MEREKA





Assalamualaikum w.b.t.
Ah ha,
Rasanya belum terlambat untuk aku membuat coretan,
Hari melawat kawan-kawan!!

Bertarikh 01-02-2012,
Dengan meriahnya,
Aku pergi melawat kawan-kawan sebelajar yang lama tak jumpa,
Sekali jumpa berlambak terus,
Dengan junior-junior sebelajar sekali turun,
Lokasi berkumpul:: The Curve, E-curve dan Ikea, Damansara,

Time ni la drama-drama swasta bermula,
Terkejut, tak terkejut, mengejut, berkejut, haha,
Semua ada, berkumpul ramai-ramai pastu memekak dekat karaoke,
Bising gila bila masing-masing sibuk test vocal,
Pitching tak payah cakap lar, kelaut semua,

Adat orang perempuan-perempuan,
Jumpa, mesti laga-laga pipi tiga kali,
Tangan tak lupa berpaut salam juga,
Hilang seluruh rindu yang bertahun bertandang,
Bila kami berpelukan,
Terasa aura rindu tu menyerap terus ke badan masing-masing,

Mulut, tak payah cakap la,
Becok ja masing-masing nak bercerita itu ini,
Paling best part membuli aku,
Dulu, kini dan selamanya aku memang sokmo kena buli dengan diorang,
Tapi aku tak kisah pun,
Buli la yang membuatkan kami makin meriah,
Makin galak nak menyakat-nyakat,

Habis ja reunion,
Aku mula rasa rindu balik,
Aku senyum, indah gila malam semalam dengan mereka,
Kali ni kami jumpa semua masih bujang,
Hari nanti, aku tak sure kami still bujang atau tak,
Kerja pun kitorang main-main lagi, mana ada yang tetap,
Kami remaja lagi la, relaks la.

Semoga kita jumpa lagi yea kawan-kawan,
Miss you lots like a crazy. Muahhhhhhhh….
See you then, take care, BYE!!




SAYANGKU…




Assalamualaikum, wahai pemilik hati dunia tersembunyi,
Sedang aku melayan AJL27, terdengar alunan melodi TDB versi Aizad menampar telinga. Ah, merdunya. Terlelap hati membuai perasaan.

“Sayangku jangan kau persoalkan siapa di hatiku,
Terukir di bintang, tak mungkin hilang cinta ku padamu,
Hmm, bercinta aku mahu tapi tidak denganmu…..”


Untuk pemilik hati dunia tersembunyi, hari ini aku nak luahkan isi hati,
Kalau boleh, kau dengarlah,

Untuk tiga tahun membujang, kelmarin yang lalu penamatnya,
Hati yang sepi mula terubat,
Semakin hari semakin bercambah hati tersenyum rindu,

Tapi, tatkala minggu berganti minggu,
Hati menjadi kembali sepi, tawar hati,
Tertanya2, apakah bukan ini jodoh yang dicari?

Bukankah hati perlu gembira?
Cinta yang baru, pasti menguntum bahagia.
Katanya orang.

Tapi, aku? Aku mula bosan,
Mungkin bukan dia jodohku,
Ku cuba memujuk hati untuk menemani kesepian yang bersarang,
Ah, betapa aku tidak tega.

Pabila terpandang coretan hadis,

“Carilah dia yang beragama, bukanlah rupa semata,
Supaya dia membimbing kita ke jannah sana,
Supaya kita beroleh keberkatan dariNYA”


Hati mula mengendur,
Walaupun kesepian hati terisi dengan adanya dia di sisi,
Namun, hati masih tetap terasa sepi, kenapa?

Mungkin bukan dia jodohku,
Kalau dulu aku beriya, sekarang aku percaya,
Usah dicari yang sempurna azali,
Carilah dia nur di hati, yang mampu menyuluh kegelapan hati,

Biarlah dia sukar dicari,
Tapi percaya pada hakiki,
Semakin kau mencari, semakin dia menyembunyi,

Bersembunyi menanti hati yang suci,
Supaya senang membentuk bahagia bersama,
Penantian memang menyeksakan,
Tapi kekadang penantian itulah yang membahagiakan ..

Moral:: Gua dah malas nak bercinta!!





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...