Saturday, April 27, 2013

HEY MR DIA, READ THIS!!






“Terdidiknya seorang ISTERI itu apabila BAIKnya seorang SUAMI,
maka apabila BAIKnya seorang SUAMI itu BAIKlah juga ISTERInya, apabila SOLEHnya SUAMI itu maka SOLEHAHlah juga ISTERInya, suami itu sebagai ACUAN buat ISTERInya…”



Thursday, April 18, 2013

BERDIRI


Mengapa Rasulullah SAW Melarang Minum Sambil Berdiri?




MORAL: Untuk aku, Aku suka minum + makan berdiri. Tak sopan gila. Ok, akan cuba untuk mengelakkan hal2 begini berlaku lagi hehe.



Tuesday, April 16, 2013

MENGHANJING



Dear My Lovely Blog, Assalamualaikum w.b.t.

M.E.N.G.H.A.N.J.I.N.G = M.E.M.B.A.H.A.N = PERLI!!!
Spell it right and pronouns it well,
Haha,

Kat opis aku ada kawan-kawan kaki menganjing habis,
Diorang memang balaci semasa diorang,
Bahan eksperimennya adalah aku,
Pantang ada peluang,
Cekap ja diorang membahan aku,

Kenapa aku?

Sebab aku diambang zaman kegemilangan berdua,
Sekian lama membujang,
Bila berdua,
Maka banyak pihaklah yang bersiul bising,

Lantas membahan aku tiap masa dan ketika,
Aku hanya ketawa tersipu-sipu,
Kononnya malu, tapi mahu, puiii

Aku tak marah,
Sebab dalam hati aku cuma satu ,
CHILL LAH hehe..


Moral: Kami buddies kami suka menganjing..ada lori ada bas, next time aku balas.. bahaha


Wednesday, April 10, 2013

SEKEPING HATI



Assalamualaikum w.b.t,

Hati mana-mana pun kalau dirodok api,
Tercuit jugak rasa bahangnya,

Hati mana-mana pun kalau dijolok kayu,
Rabak juga sakitnya,

Hati mana-mana pun kalau dibaling batu,
Dalam juga lompongnya,

Hati mana-mana pun kalau terguris pisau,
Mengalir juga darah pekatnya,

Sebab tu,
Kalau hal yang melibatkan hati,
Tak usah bercakap yang jujur-jujur,
Sembunyi sikit,

Ok cintailah hati anda,
 =)

https://fbstatic-a.akamaihd.net/rsrc.php/v2/y4/r/-PAXP-deijE.gif
P/s: semalam hati aku tak sengaja menangis


Monday, April 8, 2013

KISAH ALGEBRA



As usual, Assalamualaikum w.b.t.

Dulu-dulu masa dekat sekolah,
Kelas paling atas biasanya akan disogok dengan ADD MATH,
Matematik Tambahan yang mengetengahkan sifat-sifat ALGEBRA,

Dulu aku paling lembap subjek ni,
Sampai SPM pun aku dapat cukup-cukup makan,
Sebabnya ada campuran alphabet dan numeric,
Sampai lemah serebrum dan selebelum dok kunyah semua ni,

Macam mana nak mendarab alphabet dengan numeric?
Tak ke susah tu?
A + B (sinX – log10) (1567)
Arghhhh? Biol! Kelam! Lembap!
Aku serius tak reti sampai sekarang,

Suatu hari, aku scroll down wall post FB,
Pastu aku pun terjumpa benda alah ni,
Katanya

“tapi kan.. sebenar in real life.. bila masa korang guna ALGEBRA ... hahaha.. kecuali lah korang cikgu atau lecturer duk ngajar algebra... kannnNNNnn….” (Himpunan Cerita lawak, 2013)






Sentap, haha..
Betui juga kata dia,
Blajaq tinggi-tinggi Si Algebra ni sampai rabun pun,
Apa sumbangan dia pada kehidupan harian kita?
Last-last tak applied pun everyday,
Hahaha,

So, moralnya,
Ilmu itu luas,
Tak kisah la ilmu apa yang kau belajar,
Tuntutlah ia dengan istiqomah,
Tak kisahlah applied atau tak,
Sebab ilmu itu RARE,
Hahahha..



Sunday, April 7, 2013

SELAMAT BERDUA!!



Assalamualaikum W.B.T.,
Perihal Kedahan Kepochi,
Sebuah group chat di medium WHATSAPP
Yang baru aku tubuhkan bagi penghubung hati-hati yang jauh,
Sangat jauh dahulunya,

Seronok,
Aku dah dapat kembali retak persahabatan,
Makin lama makin tercantum rapat,
Kalau dulu renggang sekarang dah kejap (tersimpul rapi),

Macam-macam kami sembangkan,
Dari hal kecik sampai ke besar,
Dari hal gossip sampai ke isi hati,
Rupa-rupanya,
Masing-masing dah steady,
Tunggu masa untuk diikat,

Seronok nampak mereka happy,
Tak jemu-jemu sembang pasal isi hati, buah hati,
Jodoh dah mendekat,
Selamat berdua kawan-kawan!


KAWAN AJINAMOTO





Assalamualaikum my dearest blog,
Lama tak update blog, sebulan sudah,
Tetiba hari ni semangat nak update,

Alkisah untuk hari ini tentang KAWAN AJINOMOTO,
Eeeeyewww, what is dat??
It’s sound soooo fishhhy yew..
Haha,

No la,
Ok, let’s me speak,
You Listen!!
Sit down there, be QUIET!!
Haha,

Dekat tempat belajar aku,
Aku ada seorang kawan yang sama merepek,
Dia adalah AJINAMOTO aku,
Serbuk perasa yang memang jahanam, haha

Setiap kali aku berhujah,
Dialah penambah yang panjang-panjang,
Setiap kali dia membebel,
Akulah serbuk perasa yang kelaut,

Kami saling melengkapi antara satu sama lain,
Kalau bercakap aku suka unsur humor,
Kalau tak, cakap aku macam kosong, tak best,

Aku jugak suka berangan,
Kalau duduk berbincang hal penting,
Aku memang payah nak serius,
Orang bincang A,
Aku tambah B, C, D, E dan seterusnya belok ke kiri sikit,
Kalau time tu ada kawan AJINAMOTO aku ni,
Perbincangan memang jadi gamat,

Asal-asal aku tambah dari A ke E dan belok ke kiri,
Dia lagi jahanam mendarab A dengan Z,
Kemudian terjun ke gaung,
Buat aku gelak guling-guling,
Hampeh, perbincangan jadi rancangan RAJA LAWAK,

Tapi aku suka,
Aku suka hidup dengan lawak,
Sebab aku suka gelak,
Aku tak suka suasana serius,
Nanti aku jadi bosan,
Tiba-tiba ja aku boleh bertukar jadi emo,
Itu yang tak best tu.

Aku memang suka menulis ayat tungang-langgang,
Kau tak faham?
Suka hatilah, aku malas nak layan,
Aku bukan sasterawan nak tulis ayat seni,
Cukup tulis ayat putar belit,
So penulisan aku nampak RARE,
RARE dari orang lain,
Haha,

Kesimpulannya,
Weh kawan AJINAMOTO,
I lebiu!!!
Hahaha..




P/S: Erkkks, sebenarnya aku ada ramai ja KAWAN AJINAMOTO ni, GROUP WHATSAPP KEDAHAN KEPOCHI aku pun memang RARE, depa ni memang garam aku, kalau masak tak ada garam tak best ar bro. Dan depa ni pun memang jahanam, kalo lepak dan sembang dengan depa memang merapu banyak dari isi. Ok bai!!




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...