Tuesday, November 26, 2013

WALIMATUL URUS



Suatu hari, kawan gua hantar gambar persandingan milik seorang kawan sekolah dahulu. Boleh dikatakan dahulu kami rapat. Rapat in term of keluar lepak bersama minum-minum, meraikan hari raya, serta teman mengulangkaji STPM bersama. Selalu tapi tak sekerap bersama. Aku senyum.


"Alhamdullihah, barakallah. Sorang lagi sahabat telah melangkah ke alam baru."


Dalam senyum kegembiraan terselit secuit rasa terkilan. Tiada jemputan mahupun ajak-ajak ayam. Rakan yang seangkatan mula bersiul. Bunyi-bunyian tidak berkenan mula berkumandang. 



"Bila?"
"Sampai hati."
"Kenapa?"
"Kita siapa?"




Aku masih senyum. Aku malas turut bersiul. Aku jenis pasrah. Aku tak akan merungut. Aku tak suka mengungkit atau mengaibkan. Aku ajak kawan-kawan yang lain positif. Husnuzon. Walau pahit, tak mengapa kita telan bersama. 




"Periuk tak retak, nasi tak dingin,
Orang tak hendak, kita pun tak ingin."





Kata-kata positif yang sering aku alunkan pada rakan-rakan lain. Orang tak nak jemput, kenapa perlu kita terhegeh-hegeh bukan? 

Alasan? Ya! Mungkin dia ada alasan kenapa tidak kita dijemput. Husnuzon. Husnuzon lagi. Aku tak nak marahkan dia kerana tiada undangan. Lagi pula, majlis diadakan di rumah pengantin lelaki. 





Sabda Rasulullah SAW, Nabi Muhammad SAW: 

"Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan." 
(Riwayat Ahmad daripada Abdullah bin Zubair Radhiyallahu 'anhu dan disahihkan oleh al-albani di dalam Irwa' al-Ghalil) 
Sumber: Gua google ja. Gua bukan alim sangat.





Keji tak gua letak hadis? Haha. Tapi betul lah, bagi mengelak berlakunya fitnah maka wajib kita uar-uarkan perkahwinan kita kepada semua orang. Sekecil-kecil majlis wahima sebsar-besar majlis, walau tiada undangan at least maklumkan kepada kenalan yang dikenali. 

Bukan niat nak makan percuma mahupun mengumpul koleksi bunga telur dan door-gift. Doa. Ya, andai dimaklumkan kami akan sedekahkan sepotong doa buat bekalan anda mengharungi perjalanan baru anda membina masjid. 

Pun begitu. Aku tetap doakan kebahagiaan kau wahai sahabat. Kerana aku gembira melihat kawan-kawan bahagia. 

Akhir kata.



"Tahniah. Selamat pengantin baru sahabat. Semoga perjalanan anda meniti titian kehidupan suami dan isteri sentiasa mendapat rahmat dan keberkatanNYA. Semoga kekal hingga jannah sana dan dimurahkan rezeki dalam menimang cahaya mata, makan, pakai dan segala-galanya. Wallahualam bsw."




P/s: Gua masih menunggu giliran gua pula dipinang. Haha.




Monday, November 4, 2013

CARA MENJAWAB CARA MUDAH


Merujuk kepada perkara di atas.
Tengahari tadi aku dan kawan aku yang leaking berkejar ke toilet. Sampai di tempat kejadian, kelihatan seorang staf ofis kitaorang turut menapak ke toilet berkenaan. Sedikit senyuman dilemparkan kepada beliau. Junior kena hormat senior ye tuan-tuan dan puan-puan. 

Kemudian berjemaah lah kitorang menderma apa yang patut di bilik VVIP masing-masing. Usai menderma, kami beriringan pula mengangkat wuduk. Sebelum berwuduk berlaku sesi soal jawab spontan seperti berikut:



AKAK STAF: Awak ni student ke? 
(Tanya beliau sambil memandang slack kitorang)

KAWAN AKU: Taklah kitorang GRA
(Jawab kawan aku tegas.)

AKAK STAF: Dua-dua pun GRA?
(Masih lagi dengan pandangan poyo beliau. Rupa macam tak kasi kitorang share toilet dengan dia je.)

KAWAN AKU & AKU: Ha a yup! 
(Jawab kami pendek dan terus berwuduk. Walaupun kitorang cukup tinggi daripada akak terbabit)




Usai berwuduk kitorang pun blah. Tak nak berlama-lama dengan pandangan slack akak staf berkenaan. laju kami menapak ke ofis. Dalam hati masing-masing merencana nak ngadu kat rakan GRA yang lain. Sampai kat opis kawan aku tadi start mengadu kat kawan GRA yang lain. 

Berikut adalah sesi adu-mengadu terbabit.



KAWAN AKU: Tadi dekat toilet akak makmal bla bla bla bla bla n bla. 
(Gosip kawan aku dengan gaya ala-ala kim kardasian u olsss)

KAWAN GRA 1: Iye ke? Tu kawan kak kema tu (GRA 2). 
(Bersembur-sembur jeruk Penang yang dikunyah beliau. Dia nih eksaited ckit bab-bab gosip kedai kopi.)

KAWAN GRA 2: Axy patut gitaw dia yang korang RA DR. sekian-sekian. Baru dia tak question korang.
(Aku tambah-tambah sikit dialog GRA 2 ni. Baru nampak over sikit gosip kitorang.)

KAWAN GRA 1: Ko patut cakap cemni je kat akak tu. Ha a, kitorang GRA. Kalau nak tau, ada lagi 5 GRA kat ofis kitorang. Kau hado? 
(Dialog ni pun aku olah juga, bagi nampak tak senonoh sikit GRA 1 ni menjawab. Sebab dia ni kelakar nak mati)




Ok. Tu jelah yang aku nak perkatakan bagi isu kali ini. Agak-agak sampai tak kelakarian yang aku nak sampaikan? Korang tak gelak siap korang. Aku lipat korang guna garfu edaran Chin Hin Jitra motor Sdn. Bhd. 


ok bai. Macam tak sampai je. macam tak lawak je. macam-macam je. hahhaha




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...