Tuesday, November 26, 2013

WALIMATUL URUS



Suatu hari, kawan gua hantar gambar persandingan milik seorang kawan sekolah dahulu. Boleh dikatakan dahulu kami rapat. Rapat in term of keluar lepak bersama minum-minum, meraikan hari raya, serta teman mengulangkaji STPM bersama. Selalu tapi tak sekerap bersama. Aku senyum.


"Alhamdullihah, barakallah. Sorang lagi sahabat telah melangkah ke alam baru."


Dalam senyum kegembiraan terselit secuit rasa terkilan. Tiada jemputan mahupun ajak-ajak ayam. Rakan yang seangkatan mula bersiul. Bunyi-bunyian tidak berkenan mula berkumandang. 



"Bila?"
"Sampai hati."
"Kenapa?"
"Kita siapa?"




Aku masih senyum. Aku malas turut bersiul. Aku jenis pasrah. Aku tak akan merungut. Aku tak suka mengungkit atau mengaibkan. Aku ajak kawan-kawan yang lain positif. Husnuzon. Walau pahit, tak mengapa kita telan bersama. 




"Periuk tak retak, nasi tak dingin,
Orang tak hendak, kita pun tak ingin."





Kata-kata positif yang sering aku alunkan pada rakan-rakan lain. Orang tak nak jemput, kenapa perlu kita terhegeh-hegeh bukan? 

Alasan? Ya! Mungkin dia ada alasan kenapa tidak kita dijemput. Husnuzon. Husnuzon lagi. Aku tak nak marahkan dia kerana tiada undangan. Lagi pula, majlis diadakan di rumah pengantin lelaki. 





Sabda Rasulullah SAW, Nabi Muhammad SAW: 

"Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan." 
(Riwayat Ahmad daripada Abdullah bin Zubair Radhiyallahu 'anhu dan disahihkan oleh al-albani di dalam Irwa' al-Ghalil) 
Sumber: Gua google ja. Gua bukan alim sangat.





Keji tak gua letak hadis? Haha. Tapi betul lah, bagi mengelak berlakunya fitnah maka wajib kita uar-uarkan perkahwinan kita kepada semua orang. Sekecil-kecil majlis wahima sebsar-besar majlis, walau tiada undangan at least maklumkan kepada kenalan yang dikenali. 

Bukan niat nak makan percuma mahupun mengumpul koleksi bunga telur dan door-gift. Doa. Ya, andai dimaklumkan kami akan sedekahkan sepotong doa buat bekalan anda mengharungi perjalanan baru anda membina masjid. 

Pun begitu. Aku tetap doakan kebahagiaan kau wahai sahabat. Kerana aku gembira melihat kawan-kawan bahagia. 

Akhir kata.



"Tahniah. Selamat pengantin baru sahabat. Semoga perjalanan anda meniti titian kehidupan suami dan isteri sentiasa mendapat rahmat dan keberkatanNYA. Semoga kekal hingga jannah sana dan dimurahkan rezeki dalam menimang cahaya mata, makan, pakai dan segala-galanya. Wallahualam bsw."




P/s: Gua masih menunggu giliran gua pula dipinang. Haha.




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...