Tuesday, February 25, 2014

PENYAYANG


Penyayang
Gua belom cukup penyayang untuk menjadi seorang yg penyayang
Macam kawan penyayang gua yang lain

Bercerita tentang penyayang
Gila penyayang kawan-kawan gua
Diorang sangat sayangkan haiwan kesayangan nabi umpamanya
Begitu juga haiwan peliharaan lain seperti arnab
Hamster, sugar glider, ayamas dan banyak lagi

Cukuplah gua sayangkan diri, ibu bapa, keluarga, anak sedara dan lain-lain
Untuk kasihkan binatang
Ya sayang cuma tidaklah ditunjukkan

Sebenarnya lebih kepada tidak reti
Bersamaan malas menjaga mereka sepenuh hati
Biarlah dari jauh gua memerhati
Jika perlukan simpati
Nescaya gua datang membawa sayang dan rezeki
Agar kamu kenyang sehari





p/s: mesej penyayang ini dibawakan khas oleh saudari penyayang yang tidaklah begitu penyayang sangat. ha ha



Monday, February 10, 2014

PANGGILAN RINDU



Pernah tak satu malam kau terbangun,
Kau rasa rindu tu lain macam?
Kemudian kau diam sebab sekeliling gelap, sunyi,

Dalam gelap tu kau ketagih rindu,
Gila macam estacy rindu tu,
Sebab buat kau khayal terbayang dia.

Malam-malam macam tu mana nak dapat estacy?
Farmasi tutup dah kot,
Kalau ada pun brader2 tepi lorong gigi kuning,
Kau berani pergi la nego dengan dia,
Untung dapat boleh buat penenang tidur,
Lupakan menatang rindu tadi.

Masalahnya tak boleh,
Menatang haram tu bahaya,
Boleh buat kau mati silap-silap.

Samalah macam menatang rindu tu,
Boleh buat kau hilang waras,
Padahal dah lama kau pujuk hati,
Just let it go,
Syuh syuh move on.

Bodoh,
Kalau dah terbangun tengah malam,
Pergilah tahajud,
Sebenarnya Allah kejut kau rindukan DIA,

Sebab kau dah lama lupakan DIA

Sengaja DIA bagi hint,
Rindukan manusia,
Sebab bila kau rindukan dia baru kau nak tiba-tiba bangun
Lumrah manusia dengan manusia kan fitrah,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...