Monday, September 29, 2014

NUNIE'S SOLEMNIZATION





Alkisah, raja sehari, raja dua hari, raja tiga hari dan berhari-hari. Bersama dayang-dayang yang telah ditempah khas, maka beraraklah kami sekalian dayang membawa Puteri Hang Li Po bersiap siaga mengindahkan diri. Agak jauh juga perjalanan yang memungkinkan kami dibaham harimau. Namun disebabkan ke"terer"an kami menghadapi liku-liku maka sampailah kami ke Pelabuhan Mak Andam.

Usai menghiasi diri dan mencantikkan rupawi maka sekali lagi beraraklah kami menuju ke Persinggahan Akhirah (Ukhrawi) untuk mendapatkan lesen hakiki ke syurgawi berdua. Dengan sebijik "PREVE" dan sebijik "VIVA" memecutlah kami mengejar masa.

Setibanya di tempat dituju, maka upacara yang dinanti-nantikan pun tiba. Dengan ilmu yang kebal didada Hang Tuah maka bertarunglah ia dengan Saudagar Ukhrawi (Tok Kadi/Tok Imam). Tanpa memerlukan masa yang lama kesatriaan Hang Tuah berjaya menumpaskan Saudagar Ukhrawi dengan sekali hembus. Bersyukur sekalian rakyat jelata Puteri Hang Li Po kini selamanya milik Hang Tuah. Tahniah betti, syabas.

*Pause

Apahal menaip serupa purbakala ni. Tragis juga sebenarnya menaip acah-acah Pendita Zaaba ni. Ok cukup, cukup sudah mari sambung sesi

Kepak kepak kepak
kebooom kebooom keboom
(bunyi kompang)

…………………………………………………………………………………………………………


Orait, orait, oraittttttt. Hari ini gua nak story sikit pasal pengantin siang malam yang lama terpendam. Basi sikit lah tapi. Biasalah gua ni sibuk kalah menteri tak sempat nak mengupdate kisah pengantin lama ni.

Buat pengetahuan semua pengantin siang malam ni adalah kawan gua. (Gua mana? Gua Hirak ke gua kelam? Ke gua niah? Mahupun gua musang?). Panggggggg (bunyi orang kena lempang). Padan muka!! Rasain lokkk. Aku serius kau main-main kan. Gua punya suka lah.

Ala dulu gua pernah cover kisah tunang dia. Gua malas dah nak bagi salam perkenalan bagai. Kau pergi cek link sana sebelum gua mengamuk.

Dipendekkan cerita, pada 01 Februari 2014 selamatlah Si Nunie ni mempersuamikan Si Naim. Masa hari kejadian gua bersama 4 orang dayang bunting yang lain menjadi orang terpenting dalam penyatuan sperma (dibaca CINTA) diorang ni.

Gua sebagai supir tak berbayar manakala dayang-dayang yang lain Zatul (dibaca aton), Nina, Lina dan Hafazoh sebagai nenek kebayan. Nenek kebayan bersama penyapu terbang ke negeri fasola. Bergurau pulak.

Maaf, diorang berempat menjadi kassim selamat yang memegang trompet sambil berkata “di manakah kubur sabariah mak?” “menangis konon. Pergi kau menangis di kubur sana”. Ok gua serius. Gua serius, diorang ni adalah pengiring peribadi si permaisuri sehari.

Masa hari akad Si Nunie ni boleh buat spoil tidak suci kau tahu. Adui, baru sah jadi suami isteri. Punahlah bulan madu di katil baru. Tapi. Tapi. Tapi. Panas jangan disangkakan sampai petang. Disebabkan keterujaan yang membuak-buak besoknya lekas-lekas dia menyucikan diri. Empangan betei.

Apa terjadi selepas itu? Gua malas nak story cukuplah gua bocorkan rahsia yang Si Nunie tu tengah merana akibat perbuatan si laki dia. Sudah 6 bulan dia menderita. Padan muka. Rasain lokk.

Tapi tulah dah selamat beliau. Tak sangka masa berlalu terlalu pantas. Kalau nak cerita tragedy perkenalan diorang ni tak taulah macam mana cerita cepat sangat. Nunie pi bank cawangan utama lalu diushar Naim. Naim berkenan pandang pertama, kedua, ketiga ……….. keseratus. Kemudian sangkut. Lalu bercinta. Lalu apa-apaan sih lok. Bersatulah mereka membina sebuah masjid.

Sempat jugak beberapa kali gua berdating dengan Si Naim tu (dibaca dating beramai-ramai). Pertama kali jumpa. Amboi kacak luar kacak dalam kacak sana sini. Kalau abang senyum saya mesti senyum sekali. Kah kah kah.

Nampaknya Si Nunie sudah berjaya ditambat yang lain-lain ni bila lagi. Alah biasalah tu, dalam setandan pisang mesti ada yang masak dulu. Cukup tempoh matang yang lain pun akan masak juga. Jangan risau wokey? Biasanya yang masak dulu memang orang akan petik buat testimonial. (If you know what I mean? Hahaha)


1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...