Sunday, August 14, 2016

TERLUKA


Lama rasa tak menulis di sini. Lama jugak dibiar sepi tanpa berita. Seperti aku yang termanggu dan lemau untuk menulis. Kerana lelah dengan kehidupan mengajak aku untuk ke sini. Apa khabar agaknya hidup aku.

Terluka.....
Ya, kelukaan hati membawa aku ke sini. Lama aku biar jiwa menikmati hidup dengan gembira dan akhirnya aku terluka. Terluka dengan sikap kau yang membiar aku menunggu jawapan cinta. Terluka kerana kau tega mencipta bahagia sedang aku menanggung duka. Terluka kerana kau bisa hilang tanpa berita. Terluka kerana kau membiar aku hanyut dengan bahagia yang engkau cipta. Terluka aku kerana kau pergi tanpa kata. Terluka kerana kau sepi tika mutiara halus gugur dari mata.

Sengsara aku ditup angin asmara tak pernah kau rasa. Sepertinya aku tidak layak untuk tahu kau bahagia. Sepertinya aku yang hina melihat bahagia yang kau bina. Sepertinya aku tak perlu merasa kau bahagia. Semuanya kerana aku. Bukan kau. Kau fikir kau layak membina bahagia tanpa adanya aku disamping kau? Ya, layak. Jawapan aku, kau layak. Aku yang tidak layak dari awalnya. Kerana aku terlalu beriya aku lupa akan kata kecewa. Menyerah jiwa dibelai bahagia yang kau cipta sepenuhnya. Patutnya aku bertanya sampai ke mana supaya aku berpijak di bumi yang nyata. Supaya tiada luka menyentuh jiwa.

Kosong....
Seperti pantai yang terdampar sepi menunggu ombak seperti itulah jiwa aku kosong menanti bahagia. Seperti laut yang mengalir tanpa arah tuju, seperti itulah aku berhari menunggu kata putusmu. Kosong. Kosong jiwa aku mengingatkanmu. Kosong aku melihat bahagiamu. Semoga kekosongan ini juga bisa bahagia sepertinya kamu.




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...